TPJC, Singapura melawat PTET

TPJC, Singapura melawat PTET

PUSAT TINGKATAN ENAM (PTET), Tutong melalui Kementerian Pendidikan telah dipilih untuk mengambil bahagian dalam Program ‘School Twinning Programme’ (STP) dengan Kolej Tampines Junior (TPJC), Singapura, berikutan dengan memorandum persefahaman (MoU) yang telah dimeterai antara menteri-menteri pendidikan kedua-dua belah pihak pada tahun 2006.

Bertemakan ‘Menjalin hubungan pendidikan dengan lebih dekat lagi’, ianya bertujuan untuk meningkatkan hubungan pendidikan dan mengukuhkan kerjasama pendidikan antara Brunei dan Singapura.

Semasa lawatan ke Singapura daripada rombongan pelajar PTET, rombongan diringi oleh tiga pegawai pendidikan pada bulan Ogos tahun yang lalu.

Sebagai salah satu perjanjian timbal balik, sekumpulan pelajar dan guru dari TPJC kini berada di Brunei Darussalam sehingga 3 Jun ini. “Para pelajar TPJC akan menghadiri sesi pembelajaran kelas pagi dengan pelajar-pelajar Brunei dan ini memberikan mereka satu peluang untuk berkongsi pengalaman pendidikan di Brunei dengan pelajar-pelajar dari Singapura,” kata Awang Almasri Haji Sulaiman.

Sementara itu, guru-guru dari TPJC yang turut serta akan mendapat sedikit penerangan tentang sistem pendidikan Brunei terutama sekali dalam GCE A-Level dan guru-guru dari TPJC juga berpeluang memerhatikan amalan pengurusan bilik darjah malah bertukar-tukar strategi pengajaran dan pembelajaran. Sistem pendidikan Brunei memberikan penekanan kepada pendidikan yang holistik terhadap pelajar-pelajar malah pelajar-pelajar akan dilengkapi dengan kemahiran yang meluas pada abad ke-21 ini.

PTET melalui Kementerian Pendidikan telah dipilih untuk mengambil bahagian dalam Program ‘School Twinning Programme’ (STP) dengan Kolej Tampines Junior (TPJC), Singapura pada tahun lepas.
PTET melalui Kementerian Pendidikan telah dipilih untuk mengambil bahagian dalam Program ‘School Twinning Programme’ (STP) dengan Kolej Tampines Junior (TPJC), Singapura pada tahun lepas.

pgm3_160531_c

Pelajar-pelajar PTET berpeluang untuk mengalami dan melalui sistem pendidikan Singapura pada tahun lepas dan telah menemui pengalaman yang menyeronokkan dan kini mereka memperolehi pelbagai kemahiran yang sangat berkesan untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang ramai.

PTET akan menjadi tuan rumah kali pertama untuk program STP.

Oleh itu, program itu diharap akan berupaya meningkatkan lagi hubungan antara kedua-dua buah sekolah malah untuk kedua-dua buah negara.

Selain itu, para pelajar TPJC juga akan berpeluang untuk melawat beberapa tempat-tempat menarik di Negara Brunei Darussalam yang bertujuan untuk mendapatkan kefahaman tentang latar belakang sejarah dan budaya negara serta sumber industri utama, seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Muzium Teknologi Melayu, Pusat Penemuan Minyak dan Gas, Ladang Pertanian, Lamunin, kilang kayu di Ukong dan akhir sekali, kilang minyak kelapa dara di Tanjong Maya.

ARTIKEL YANG SAMA