TPM Singapura kunjungi JPM

TPM Singapura kunjungi JPM

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Okt – Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengalu-alukan Timbalan Perdana Menteri (TPM) juga selaku Menteri Koordinasi Keselamatan Nasional Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean dan rombongan yang mengadakan lawatan ke jabatan itu hari ini di ibu negara.

Hadir mengalu-alukan Tuan Yang Terutama dan rombongan ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Paduka Haji Ali bin Haji Apong.

Semasa kunjungan itu, Tuan Yang Terutama dan rombongan mendengar taklimat mengenai Program Pemimpin-pemimpin Muda di West Wing Jabatan Perdana Menteri.

Dato Paduka Haji Ali turut menyampaikan taklimat berkaitan keutamaan ekonomi Brunei, Wawasan 2035 dan Peneraju Gagasan Gemilang Untuk Rakyat (PENGGERAK).

Sesi taklimat diakhiri dengan sesi soal jawab.

Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean semasa menghadiri taklimat di JPM kelmarin.
Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean semasa menghadiri taklimat di JPM kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA