TPM S’pura lawat Brunei

TPM S’pura lawat Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Julai – Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Teo Chee Hean dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Chan Chun Sing akan melawat Negara Brunei Darussalam esok hingga 16 Julai sebagai wakil kerajaan Republik Singapura ke sambutan perayaan Hari Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70.

Beliau akan turut diiringi oleh isteri, Puan Teo Chee Hean dan pegawai-pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Luar Republik Singapura, kata Kementerian Hal Ehwal Luar Republik Singapura dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semasa di sini, beliau akan menghadiri Istiadat Perbarisan Kehormatan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan pada pagi Jumaat dan majlis santap malam pada sebelah malamnya.

ARTIKEL YANG SAMA