TPM S’pura lawatan M’sia

TPM S’pura lawatan M’sia

SINGAPURA, 14 Ogos – Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean akan melakukan lawatan kerja ke Malaysia selama dua hari, mulai esok.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Hal Ehwal Luar berkata semasa lawatan, Teo yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, akan menghadiri upacara perasmian Persidangan Antarabangsa mengena yani Strategi Lautan Biru yang bertemakan “Mentransformasi Negara melalui Kreativiti dan Inovasi”.

Persidangan itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya dari 16 hingga 18 Ogos. Beliau akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa anggota Kabinet Malaysia, termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim; dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA