TPP: Asia tumpu perjanjian serantau

TPP: Asia tumpu perjanjian serantau

LIMA, 20 Nov – Ekonomi Asia Pasifik akan mencapai lebih banyak perjanjian perdagangan di antara satu sama lain tatkala bantahan meningkat di Eropah dan AS disebabkan globalisasi, kata penganalisis, mengingatkan Barat akan kehilangan sebagai kuasa rantau dinamik pada masa depan.

Mangsa sentimen faham perlindungan paling berprofil tinggi sekarang adalah perjanjian rentas-Pasifik pimpinan AS, yang sudah menemui kebuntuan selepas kemenangan pemilihan Donald Trump dalam pilihan raya AS pada bulan ini.

Perkongsian Rentas Pasifik (TPP), satu perjanjian 12 ekonomi Lingkaran Pasifik, merupakan dasar ekonomi Presiden Barack Obama “yang berpaksikan” pada Asia, dan tidak termasuk China tatkala AS berusaha untuk memerangi pengaruh Beijing yang semakin meningkat.

Ia adalah perjanjian terbaru yang menghadapi masalah di tengah faham perlindungan yang semakin meningkat di ekonomi maju, di mana globalisasi dianggap sebagai raksasa yang bertanggungjawab menghantar pekerjaan ke luar negara dan menghakis taraf hidup.

Satu perjanjian yang dicadangkan di antara Kesatuan Eropah dan AS tidak mungkin ditandatangani sekarang selepas kemenangan Trump, sementara satu perjanjian perdagangan di antara EU dan Kanada mengambil masa tujuh tahun untuk selesai dan hampir terjejas oleh tentangan daripada rantau kecil Belgium.

Berdasarkan masalah yang dihadapi, kebanyakan Asia – di mana ekonomi pada lazimnya menikmati pertumbuhan memberangsangkan dalam beberapa tahun ini dan banyak bergantung pada eksport – akan melihat dengan kebimbangan pada perjanjian berpotensi dengan Barat, kata penganalisis.

“Hasil daripada persetujuan AS dan Eropah adalah Asia akan menumpu pada perjanjian serantau,” kata Deborah Elms, pengarah eksekutif Pusat Perdagangan Asia di Singapura. “Sistem global tidak akan berfungsi jika AS menyekat tindakan dan EU masih buntu.”

Kesannya adalah memberikan China kebebasan untuk mencapai perjanjian serantaunya sendiri, satu tamparan hebat kepada Obama, yang telah menaruh harapan TPP akan membenarkan AS menulis peraturan perdagangan rantau sebelum Beijing.

Pada satu mesyuarat 21 anggota kumpulan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Peru pada minggu ini, Presiden China Xi Jinping mengambil pe-luang tersebut untuk mendapatkan sokongan untuk dua perjanjian yang sedang disokongnya.

Terdapat perjanjian APEC, dan perjanjian 16 negara di mana anggotanya termasuk negara-negara Asia Tenggara dan India, tetapi tidak termasuk AS. – AFP