TPP bincang perluas keanggotaan pada 2018

TPP bincang perluas keanggotaan pada 2018

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) – Minat yang ditunjukkan oleh beberapa negara untuk menyertai Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) hanya akan dibincangkan pada 2018, iaitu tarikh terawal perjanjian perdagangan itu dijangka dikuatkuasakan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Strategi dan Pemantauan) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk J. Jayasiri berkata proses untuk melibatkan mereka dalam rundingan penyertaan hanya akan diputuskan selepas TPP dikuatkuasakan.

“Perjanjian boleh dikuatkuasakan menjelang 2018 selepas sekurang-kurangnya enam pihak yang menanda-tangani, merangkumi 85 peratus daripada keluaran dalam negara kasar digabungkan (2013), telah meratifikasi dan memaklumkan kepada New Zealand selaku depositori undang-undang dan pentadbir TPPA,” katanya kepada Bernama.

ARTIKEL YANG SAMA