TPPA akan beri manfaat kepada industri M’sia

TPPA akan beri manfaat kepada industri M’sia

KUALA LUMPUR, 24 Jan – Industri minyak sawit, getah, perkayuan serta minyak dan gas Malaysia akan memperoleh manfaat daripada Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) memandangkan ia menawarkan akses pasaran yang lebih luas.

Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA), Denis Low Jau Foo, berkata TPPA akan menjamin pasaran tersedia, termasuk ekonomi terbesar dunia, Amerika Syarikat.

“Malaysia merupakan negara perdagangan yang kecil namun mempunyai industri yang sangat baik dengan keupayaan mengeluarkan barangan kepada dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Oleh itu, katanya, Malaysia perlu sentiasa menjalinkan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan perjanjian perkongsian yang boleh memenuhi keperluan perdagangan barangan keluaran negara ini.

“Misalnya, ketika ini Malaysia merupakan pengeluar utama sarung tangan pemeriksaan perubatan dan pembedahan dunia di samping ia berupaya mengeluar 120 bilion unit pada 2015, bertambah kepada 135 bilion pada 2016. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA