TPPA beri ruang kepada pekerja

TPPA beri ruang kepada pekerja

JOHOR BAHARU, 10 Jan (Bernama) – Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), yang akan dibentangkan di Parlimen akhir bulan ini, bakal menitikberatkan hak pekerja supaya kebajikan mereka lebih terpelihara di negara ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini termasuk membenarkan lebih banyak kesatuan pekerja dibentuk sekali gus memberi lebih peluang untuk mereka menyuarakan pandangan.

“Antara perkara yang kita setuju adalah untuk beri ruang yang lebih kepada pihak pekerja untuk menubuhkan kesatuan sekerja.

“Sekarang ini, mungkin ada beberapa kekangan jadi mungkin apabila kita membenarkan ia berlaku , beberapa pindaan kepada (undang-undang) perlu dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas taklimat TPPA kepada wakil pemain industri dan perusahaan kecil sederhana (PKS) di sini, hari ini.

Beliau berkata ada kerisauan dari negara-negara yang terlibat TPPA mendakwa Malaysia mengongkong pekerja, justeru itu kerajaan berpendapat ada baiknya pekerja diberikan ruang untuk menyuarakan hak mereka.

ARTIKEL YANG SAMA