TPPA boleh dipinda

TPPA boleh dipinda

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) – Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) boleh dipinda dengan persetujuan semua pihak.

Menurut teks akhir perjanjian itu yang dikeluarkan hari ini, pindaan boleh dibuat selepas setiap pihak melengkapkan prosedur undang-undangnya dan memaklumkan, secara bertulis, depositori yang bertanggungjawab untuk menerima dan mengedarkan dokumen.

TPPA merupakan perjanjian perdagangan bebas serantau dan mempunyai standard tinggi, akan meningkatkan pelaburan dan perdagangan antara negara terlibat.