TPPA lebih demokratik berbanding PBB, IMF, Bank Dunia

TPPA lebih demokratik berbanding PBB, IMF, Bank Dunia

KUALA LUMPUR, 26 Jan – Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) lebih demokratik memandangkan segala keputusan akan dibuat secara bersama dan konsensus, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa berkata menerusi perjanjian perdagangan ini, Suruhanjaya TPPA bakal ditubuhkan, dan tidak ada satu negara pun memiliki kuasa veto, dan ini berbeza dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Tabung Kewangan Dunia (IMF) dan Bank Dunia.

“Beberapa negara dalam PBB diberikan kuasa veto, manakala dalam TPPA keputusan dibuat secara bersama atau konsensus manakala IMF dan Bank Dunia, memberikan lebih kuasa kepada negara besar berbanding negara kecil.

“Justeru, TPPA adalah satu perjanjian yang lebih adil dan demokratik berbanding PBB, IMF dan World Bank,” katanya semasa membentangkan usul TPPA pada sidang khas Dewan Rakyat hari ini.

Mustapa menegaskan penyertaan dalam TPPA akan meningkatkan rangkaian perdagangan negara, termasuk dengan negara yang belum ada perjanjian perdagangan bebas seperti Amerika Syarikat, Mexico, Peru dan Kanada. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA