Traffik GS muncul juara

Traffik GS muncul juara

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Traffik GS muncul juara buat tiga tahun berturut-turut selepas mempersembahkan permainan yang mantap dalam Kejohanan Futsal Persahabatan Antara Bahagian anjuran Royal Brunei (RB) 2015.

Kejayaan itu dicapai setelah Traffik GS menewaskan tiga pasukan lain yang turut menyertai kejohanan secara format liga satu pusingan berkenaan.

Kejohanan tersebut berlangsung di Gelanggang Futsal, Dewan Hangar, Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Sesi bergambar ramai Pasukan Traffik SG yang muncul juara tiga tahun berturut-turut Kejohanan Futsal Persahabatan Antara Bahagian RB.
Sesi bergambar ramai Pasukan Traffik SG yang muncul juara tiga tahun berturut-turut Kejohanan Futsal Persahabatan Antara Bahagian RB.

Dalam perlawanan pertamanya, Traffik GS menang 2-0 ke atas Finance yang kemudian disusuli dengan kemenangan 2-0 ke atas Cabin Crews.

Pasukan berkenaan kemudiannya menewaskan Commercials dengan jaringan tipis 1-0 pada perlawanan terakhirnya, sekali gus memastikan kejuaraan menjadi miliknya dengan mata maksimum, sembilan mata.