Trafik udara penerbangan Dubai terjejas

Trafik udara penerbangan Dubai terjejas

Dubai, 12 Jun (AFP) – Satu alat dron (pesawat tanpa pemandu) menganggu trafik udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai selama lebih daripada satu jam semalam, menurut salah seorang pengendali hab penerbangan paling sibuk di dunia itu.

“Ruang udara DXB ditutup kerana UAV tanpa izin (kenderaan udara tanpa pemandu) untuk 69 minit akibat aktiviti dalam beberapa lencongan,” pihak Lapangan Terbang Dubai berkata dalam satu kenyataan dalam akaun Twitternya.

“Ruang udara dibuka semula pada 12:45 (0845 GMT)” semalam, katanya.

Akibat daripada gangguan tersebut, beberapa penerbangan telah ditangguhkan selama empat jam di mana empat pesawat telah dipindahkan, Akhbar 7Days melaporkan.

Ia adalah kejadian kedua dalam tempoh 18 bulan itu, menurut laporan media di Emiriah Arab Bersatu.

Sekitar 100 syarikat penerbangan ke lebih 240 destinasi dari hab, akan menggunakan lapangan terbang tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA