Tragedi industri Bangladeh, puluhan orang ditangkap

Tragedi industri Bangladeh, puluhan orang ditangkap

DHAKA, 22 Dis (AFP) – Sebuah mahkamah Bangladesh semalam mengarahkan penahanan 24 orang dan merampas aset mereka setelah gagal hadir untuk menghadapi dakwaan membunuh berhubung kejadian runtuh sebuah kilang pakaian yang membunuh lebih 1,100 orang.

Majistret kehakiman kanan, Mohammad Al Amin mengeluarkan waran selepas mahkamahnya menerima dakwaan pembunuhan ke atas 24 pelarian atas keruntuhan perkarangan kilang Rana Plaza pada April 2013, salah satu bencana industri paling buruk di dunia.

“Mahkamah menerima dakwaan ke atas 41 orang yang telah didakwa membunuh berhubung bencana Rana Plaza,” beritahu pendakwa Anwarus Kabir kepada AFP.

“Mahkamah mengeluarkan waran tangkapan ke atas 24 di antara mereka kerana mereka telah melarikan diri. Ia juga mengarah perampasan harta mereka,” kata beliau, menambah polis telah diminta untuk melaporkan penahanan mereka pada 27 januari.

Gambar fail 24 April 2013 menunjukkan pekerja Bangladesh membantu rakan mereka yang cedera dalam tragedi runtuhan kilang tekstil lapan tingkat di Savar, pinggir Dhaka. – AFP
Gambar fail 24 April 2013 menunjukkan pekerja Bangladesh membantu rakan mereka yang cedera dalam tragedi runtuhan kilang tekstil lapan tingkat di Savar, pinggir Dhaka. – AFP

Kabir berkata mahkamah telah menerima dakwaan ke atas empat kilang kerajaan dan pemeriksa pembinaan meskipun usaha oleh jabatan mereka untuk melindungi mereka daripada didakwa dengan memetik peraturan kekebalan kakitangan awam.

Kes ditangguhkan selama ‘beberapa bulan’ disebabkan tidak adanya kelulusan daripada pelbagai jabatan, kata Kabir, menambah pendakwa kini menjangka perbicaraan bermula pada April tahun depan.

Di antara 41 orang yang telah didakwa membunuh adalah Sohel Rana, pemilik kompleks sembilan tingkat di pinggir bandar Dhaka yang roboh pada 24 April 2013, pada awal hari kerja.

Rana, yang sedang ditahan sementara menunggu perbicaraan, menjadi musuh nombor satu Bangladesh selepas mangsa yang selamat menceritakan bagaimana mereka dipaksa memulakan kerja meskipun menerima aduan mengenai rekahan di dinding pada hari sebelumnya.

ARTIKEL YANG SAMA