Tragedi pelepasan 1.5 juta belon ke udara

MUNGKIN anda pernah melihat atau mengunjungi beberapa acara yang memberikan belon secara percuma kepada kanak-kanak, mencetak kata-kata yang menarik sebagai iklan. Hal ini pun sudah memikat daya tarik kanak-kanak yang merasa sangat gembira apabila mendapatkan belon berwarna-warni.

Bagi kebanyakan orang dewasa, belon juga dianggap sebagai kenangan semasa waktu kecil. Namun, terdapat masalah yang tidak pernah anda duga disebalik kehadiran suasana yang ceria ini, bahkan ia telah menimbulkan masalah yang melibatkan kecelakaan.

Pada tahun 1986, di Ohio, Amerika Syarikat, terdapat sebuah organisasi yang dikenali sebagai United Way of Cleveland, telah menyelenggarakan sebuah acara pengutipan dana dengan menerbangkan ratusan ribu belon ke udara.

Demi memecahkan rekod dunia, di hadapan semua pengunjung, pihak jawatankuasa yang menjaga belon-belon tersebut perlu menggunakan tali khas agar belon-belon tersebut tercantum dan tidak terbang.

Sebanyak 2,500 ahli sukarelawan yang berhempas-pulas mengisi belon-belon tersebut dengan wap hidrogen selama berpuluh-puluh jam. Sasaran mereka pada awalnya adalah untuk mencapai dua juta belon.

Pada petang 27 September 1986, belon yang sudah terikat akhirnya dipotong. Belon hidrogen yang tidak terhitung jumlahnya terbang begitu sahaja di udara. Tiba-tiba perubahan cuaca yang tidak terduga pun terjadi. Tiupan udara dingin telah menghambat belon-belon tersebut. Orang ramai yang berada di acara tersebut terpaku dan tidak menduga dengan kejadian yang berlaku.
Belon-belon ini juga terbang melayang sehingga ke Danau Erie. Ia telah membantutkan operasi mencari dan menyelamat bagi dua nelayan yang telah dilaporkan hilang di sana oleh kerana sisa-sisa belon tersebut.

Meskipun sudah dirancang awal, juga setelah melakukan pertimbangan faktor iklim, akhirnya mereka memutuskan untuk mengisi hanya sebanya 1.5 juta belon.

Pada petang 27 September 1986, belon yang sudah terikat akhirnya dipotong. Belon hidrogen yang tidak terhitung jumlahnya terbang begitu sahaja di udara.

Tiba-tiba perubahan cuaca yang tidak terduga pun terjadi. Tiupan udara dingin telah menghambat belon-belon tersebut. Ada belon-belon yang jatuh ke tanah dan secara tidak langsung memenuhi kawasan jalan di sana.

Landasan Udara Berkeley terpaksa ditutup sementara selama setengah jam, dan bahkan memudaratkan kawasan kuda dan menyebabkan kuda-kuda tersebut ketakutan dan mengalami kecedaraan.

Belon-belon ini juga terbang melayang sehingga ke Danau Erie. Namun sehari sebelum acara itu, ada dua nelayan yang dilaporkan hilang ketika mereka sedang memancing. Petugas yang melakukan operasi penyelamatan sudah bertungkus lumus untuk melakukan operasi menyelamat itu. Namun oleh kerana kawasan di sekitar Danau Erie itu dipenuhi dengan sisa-sisa belon tersebut, ia telah membantutkan lagi operasi pencarian dan menyelamat, meskipun sudah menggunakan helikopter.

Setelah mayat kedua-dua korban itu ditemukan, kedua isteri nelayan tersebut tidak henti-henti mengeluh kerana operasi pencarian suami mereka terbantut dan menyebabkan kematian oleh kerana kejadian belon itu. Dan akhirnya, mereka memutuskan untuk membawa kes ini ke pusat pengadilan.

Pemandangan yang indah itu hanya bertahan selama beberapa minit. Setelah beberapa minggu, belon-belon yang sudah kempis kelihatan bertebaran di mana-mana tempat sehingga mengotori Danau Erie.

Meskipun aktiviti seumpamanya ini membawa maksud kebaikan, tetapi setelah merancang acara ini secara sesempurnanya, meskipun ia adalah disebabkan oleh faktor alam yang telah menghasilkan bencana besar yang tidak terduga ini, ia telah membuatkan orang ramai terpaku dan tidak menduga.

Kegiatan berskala besar seperti ini harus difikirkan lagi sama ada dari segi impak dan pengaruhnya terhadap masyarakat dan kawasan lingkungan sekitarnya. – Agensi