Tragedi taufan menukar sesuatu yang baik di Caribbean

APABILA mereka mendaftar untuk belajar di Caribbean, mereka sangka mereka sedang menuju ke syurga pulau. Namun apabila Hurikan Irma memusnahkan Sint Maarten, mereka dibawa ke utara England. Apabila ribut Kategori Lima memusnahkan infrastruktur di pulau berkenaan, lebih daripada 700 pelajar dan kakitangan di Sekolah Perubatan Caribbean (AUC) Universiti Amerika mendapati diri mereka tidak mempunyai tempat tinggal.

Maka mereka berjumpa dengan rakan pertukaran asing mereka di badan amanah hospital Lancashire Timur untuk mendapatkan bantuan, dan mereka pula menghubungi universiti tempatan di Preston, kira-kira 30 batu dari utara Manchester. “Kami berkata, mengapa tidak kami membawa seluruh sekolah ke sana,” kata Profesor Mike Thomas, naib canselor Universiti Lancashire Tengah.

Dan dengan itu, beratus orang memulakan perjalanan 4,000 batu untuk meneruskan pembelajaran mereka di sekolah perubatan di utara England. “Kesemuanya berlaku dalam sembilan hari, dan pelajar kami amat mengalu-alukan mereka,” kata Thomas. “Pelajar yang telah datang dari Caribbean jelasnya mengalami banyak trauma, ia bukan tempat tinggal yang baik ketika hurikan dan kami telah membuat mereka seberapa selesa mungkin.”

Detik yang menakutkan

Debbrah Bergeron, 33, dari San Diego, California, menahan daripada menangis ketika beliau terkenangkan keganasan ribut dan bagaimana beliau bimbang 6 September 2017 akan menjadi hari terakhir beliau hidup di Bumi. “Saya agak pasti kami tidak akan berjaya,” beritahunya kepada AFP, berkata beliau adalah seorang daripada beberapa pelajar yang telah tinggal di luar kampus, dan menyedari selepas itu bahawa ia adalah “satu kesilapan besar.”

Profesor Mike Thomas, naib canselor Universiti Lancashire. – AFP
Pelajar dipindahkan oleh Tentera Udara AS dan pertama sekali terbang ke Puerto Rico, kemudian ke Chicago dan akhirnya ke Preston. – AFP
Debbrah Bergeron dari San Diego, California, menahan daripada menangis ketika beliau terkenangkan keganasan ribut itu. – AFP

“Apabila pusat ribut berlalu kami memandang ke luar dan kebanyakan bangunan telah kehilangan tingkap dan beranda mereka. Sebahagian besar bangunan telah tercabut akibat ribut. “Kami tahu separuh ribut kedua adalah lebih kuat, dan pada akhirnya enam daripada kami bercangkung dalam bilik mandi di tengah rumah. “Ia adalah saat-saat paling menakutkan dalam hidup saya, dan apabila segalanya sudah berakhir, rasa lega yang kami alami tidak dapat digambarkan.”

Dari Puerto Rico ke Preston

Ribut telah membunuh 124 orang apabila ia melanda Caribbean dan Florida, dan bangunan AUC yang kalis ribut pertama kali digunakan sebagai pusat perlindungan ribut dan seterusnya sebagai hospital sementara. Pelajar dipindahkan oleh Tentera Udara AS dan pertama sekali terbang ke Puerto Rico, kemudian ke Chicago dan akhirnya ke Preston.

Tidak berasa tawar hati kerana meninggalkan Caribbean, beberapa pelajar berkata mereka memilih kehidupan di Britain. “Preston adalah amat peramah,” kata Bergeron. “Saya suka semua kedai mak dan abah,” kata beliau, merujuk kepada kedai kecil milik keluarga. “Saya tahu semua nama orang dalam kedai di mana saya membeli makanan untuk makan malam saya, selalunya, dan ia adalah sesuatu yang anda tidak dapat di bandar seperti San Diego. “Dan saya tidak kisah hujan yang turun – secara jujur.”

Sejuk namun tidak ada taufan

Bagi sesetengah orang, ia cukup melegakan kerana dapat berada jauh daripada ancaman meletusnya satu lagi ribut. “Tidak adanya ribut hurikan di Preston,” kata Victoria Jordan Smith, 25 tahun, dari Louisiana. “Terdapat angin, hujan dan cuaca adalah sejuk. Saya tidak suka cuaca sejuk, saya berasal dari tempat yang panas, tetapi saya tidak suka mengharungi satu lagi ribut hurikan.” Pelajar berkenaan telah mempelajari dialek tempatan malah mencuba beberapa masakan terkenal di Lancashire seperti “kacang pea kering” – kacang pea hitam yang direndam dalam garam, cuka dan mentega.

Kentang ranup

“Untuk sebuah bandar yang amat sejuk, semua orang benar-benar mesra,” kata Nathaniel Minigh, pelajar berusia 25 tahun dari Orlando, Florida.

“Saya suka bahasa Inggeris: kentang jejari dipanggil kentang goreng, kentang goreng dipanggil kerepek kentang. “Sebenarnya kami bertemu dengan beberapa orang dalam pub beberapa hari lalu yang merupakan peminat bola sepak Amerika, maka seronok rasanya dapat berkawan menerusi sesuatu seperti sukan.”

Seamus Murphy, 40, yang menghidangkan kacang pea kering dan ubi kentang daripada gerai makanan di Medan Pasar, berkata pelajar telah menambah “kesibukan” kepada bandar. “Orang mendengar loghat berlainan, dan mereka telah mengunjungi medan dan bertanyakan khabar,” kata beliau. “Segelintir di antara mereka datang dan mencuba kacang pea kering, dan mereka telah mempelajari serba sedikit tentang sejarah tempatan. “Mereka belajar untuk menerima segalanya.” – AFP