Transformasi bilik tidur moden

Transformasi bilik tidur moden

BILIK tidur merupakan sebuah ruang peribadi yang berfungsi sebagai ruang rehat selepas seharian penat bekerja ataupun belajar. Ruang ini seharusnya di tata hias dengan indah bertepatan dengan fungsi, keselesaan dan keinginan peribadi penghuninya.

Salah satu cara yang paling mudah untuk mentransformasikan bilik tidur anda adalah untuk mengubah tempat tidur biasa anda dengan reka bentuk bilik tidur moden. Reka bentuk bilik tidur moden adalah semua tentang warna, tekstur dan bentuk.

Kadang-kadang sukar untuk membuat keputusan mengenai wajah baru untuk rumah anda. Menghias adalah salah satu cara yang terbaik untuk memperibadikan setiap bilik dengan cita rasa anda tetapi jika anda tidak merasa diilhamkan atau jika tidak tahu di mana untuk memulakan, anda mungkin mendapati diri anda terperangkap dan tidak dapat bergerak ke hadapan dengan rancangan untuk menjadi kreatif dan memberikan rumah anda rupa yang baru. Bagi pemilihan perabot, carilah yang berbentuk moden, berpetak dan tidak terlalu sarat dengan perincian seperti katil yang berbentuk klasik yang boleh memakan ruang.

m17-9_12112016

Tidak perlu meletakkan meja sisi kiri kanan katil seperti kebiasaan. Letakkan satu sahaja meja sisi dan lagi sebelah letak lampu lantai atau kerusi baca.

Jika ruang bilik bersegi empat tidak sama sisi atau dinding yang panjang, cuba pilih perabot yang ditempah (built-in) seperti almari pakaian atau meja solek. Ini memberikan lebih ruang penstoran.

Gunakan segala ruang yang ada seperti ruang bawah katil sebagai tempat penstoran (built-in) atau kotak simpanan yang bertanda supaya mudah untuk mencari dan menyimpan.

Hindarkan segala perabot atau barangan dekorasi yang tidak membantu memberikan anda sebuah ruang yang nampak kemas dan teratur. – Agensi