Transformasi insurans IFRS 4 Fasa II

Transformasi insurans IFRS 4 Fasa II

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Sept – Usaha terus dilaksanakan oleh Persatuan Insurans dan Takaful Brunei (BITA) untuk memberikan penerangan, pendedahan dan meningkatkan kefahaman ahli-ahlinya termasuk syarikat-syarikat insurans dan takaful mengenai perkembangan terkini dalam pelaksanaan International Financial Reporting Standards, IFRS 4 Fasa II.

Sehubungan itu, BITA dengan sokongan dari Deloitte and Touche (D&T) mengadakan seminar IFRS 4 Fasa II bertajuk ‘Bersedia bagi Transformasi Insurans IFRS. Era Baru bagi Syarikat Insurans’, yang berlangsung di Bilik ILIA 2, Pusat Perbankan, Kewangan dan Pengurusan Islam (CIBFM), Universiti Brunei Darussalam, hari ini.

Dalam kata alu-aluannya, Pengerusi BITA, Haji Osman bin Haji Mohd Jair menyatakan harapan menerusi seminar itu dapat memberikan persediaan kepada para peserta bengkel dan syarikat-syarikat insurans serta takaful dalam pelaksanaan IFRS 4 Fasa II.

Beliau menambah lagi, dalam seminar itu, para peserta akan diberikan penerangan mengenai perkembangan terkini IFRS 4 Fasa II dan berharap dapat mengetahui bagaimana pelaksanaan fasa terbaru itu akan memberikan kesan kepada syarikat dan perniagaan.

Pada masa yang sama, beliau yakin bahawa IFRS 4 Fasa II akan mentransformasikan bagaimana syarikat insurans dan operator takaful dapat memberikan penyata mengenai pendapatan dan liabiliti daripada kontrak insurans dan takaful yang ditawarkan oleh operator takaful.

Haji Osman (dua, kanan) menyatakan harapan agar seminar itu dapat memberikan persediaan kepada para peserta bengkel dan syarikat-syarikat insurans serta takaful dalam pelaksanaan IFRS 4 Fasa II.
Haji Osman (dua, kanan) menyatakan harapan agar seminar itu dapat memberikan persediaan kepada para peserta bengkel dan syarikat-syarikat insurans serta takaful dalam pelaksanaan IFRS 4 Fasa II.
Raj Juta ketika memberi penerangan mengenai gambaran keseluruhan serta perkembangan terkini pelaksanaan IRFS 4 Fasa II.
Raj Juta ketika memberi penerangan mengenai gambaran keseluruhan serta perkembangan terkini pelaksanaan IRFS 4 Fasa II.
Para peserta bengkel dari syarikat-syarikat insurans serta takaful ketika mendengar seminar mengenai pelaksanaan IFRS 4 Fasa II.
Para peserta bengkel dari syarikat-syarikat insurans serta takaful ketika mendengar seminar mengenai pelaksanaan IFRS 4 Fasa II.

Beliau berkata lagi, sesi seminar yang disampaikan oleh pegawai-pegawai dari D&T akan memberikan kesedaran kepada semua peserta bengkel mengenai perubahan yang bakal mendatang dan memberikan masa untuk mereka membuat persediaan bagi pelaksanaan fasa terbaru itu.

Seminar itu dihadiri oleh lebih 40 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), ahli-ahli Jawatankuasa Kecil Laporan Kewangan BITA dan wakil daripada syarikat-syarikat insurans serta operator takaful.

Seminar berkenaan mendengarkan ceramah yang disampaikan oleh Ketua Deloitte Asia Tenggara, Raj Juta yang memberikan gambaran keseluruhan dan perkembangan terkini termasuk perbincangan takaful.

Dalam ceramahnya itu, Raj turut menyatakan bahawa dalam memastikan kelancaran pelaksanaan IRFS 4 Fasa II, kakitangan yang berkemahiran serta latihan bagi kakitangan perlu dilaksanakan supaya mereka benar-benar memahami perubahan serta keperluan dalam fasa terbaru berkenaan.

Para peserta turut diberikan penerangan mengenai kesan-kesan utama dalam pelaksanaan IRFS 4 Fasa II yang disampaikan oleh Pengurus Kanan Deloitte Singapura, Gadwyn Banas serta penerangan mengenai pelaksanaan dan langkah-langkah seterusnya dalam IRFS 4 Fasa II yang disampaikan oleh Pengarah Bersekutu, Deloitte Consulting, Amar Mehta.

ARTIKEL YANG SAMA