Transformasi Makam Raja Ayang dibentangkan

Transformasi Makam Raja Ayang dibentangkan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Nov – Terletak di tengah-tengah Bandar Seri Begawan, Makam Raja Ayang merupakan tanda peringatan yang dinamakan sempena seorang wanita yang dipercayai berketurunan diraja.

Kisah Raja Ayang ini merupakan kisah tradisi lisan yang sering kali dicakapkan daripada satu generasi ke satu generasi.

Pada tahun 2008, Makam Raja Ayang menjalani pembinaan semula dan telah melalui sebuah transformasi yang besar yang mana transformasi ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mencantikkan Bandar Seri Begawan dan kedua-dua landskap dan cerita Makam Raja Ayang melambangkan identiti kebangsaan Brunei.

Perkara ini telah dibincangkan oleh salah seorang pembentang Forum Brunei Malaysia hari kedua yang berlangsung di Bilik Senat, Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam (UBD), petang tadi, Dayang Dalilah Nabilah binti Haji Laidin daripada UBD yang membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Makam Raja Ayang, Landscape and National Identity’.

Kesimpulannya, jelas beliau, dengan transformasi yang telah dilakukan ini, ia membawa makna yang lebih penting dan signifikan kepada orang ramai dan landskap yang digunakan dipenuhi dengan penanda masa lalu agar masyarakat masa kini dapat meningati dan membawa makna dalam kehidupan mereka.

3_18112016

Forum petang tadi turut mengetengahkan perbincangan mengenai sastera Brunei dalam zaman penjajahan Jepun semasa Perang Dunia kedua yang dibincangkan oleh Dr. Frank Dhont dari UBD.

Dalam kertas kerjanya yang bertajuk ‘Bunga Sastra dan Liku-liku Sejarah: Menggambarkan Kesusahan Zaman Jepun dalam Sastra Brunei’, beliau mengambil dua sumber sastera dari Brunei yang membincangkan bagaimana era Jepun di Brunei diingati melalui memori kolektif generasi-generasi pada masa dahulu dan bagaimana generasi masa sekarang mengetahuinya.

Sumber sastera yang pertama karya penulis Brunei, Muslim Burmat dengan bukunya Permainan Laut, manakala itu, sumber kedua ialah Zaman Pendudukan Jepun di Brunei yang telah ditulis oleh Mohamad Noh bin Haji Saban, yang merupakan juara pertandingan cerita menggambarkan era Jepun di Brunei.

Menurut Dr. Frank Dhont, sejak Jepun memasuki Brunei pada Disember 1941 sehingga Jun 1945, terdapat dua generasi orang Brunei dilahirkan iaitu generasi nenek moyang dan generasi orang tua yang mengalami perang dunia secara langsung.

Manakala itu, generasi ketiga, iaitu generasi anak pula tidak mengalami dan melalui era penjajahan ini.

Dayang Dalilah Nabilah semasa menyampaikan kertas kerja.
Dayang Dalilah Nabilah semasa menyampaikan kertas kerja.
Dr. Frank Dhont semasa menyampaikan kertas kerjanya.
Dr. Frank Dhont semasa menyampaikan kertas kerjanya.

Mengulas mengenai sumber sastera pertama daripada Muslim Burmat yang merupakan daripada generasi kedua, beliau berkata, Permainan Laut merupakan novel terkenal yang membahaskan zaman Jepun di Brunei dan beliau memberikan gambaran kolektif semasa era Jepun bagi masyarakat Brunei pada masa kini.

Muslim Burmat turut menggambarkan konflik antara generasi Jepun di mana nasionalisme Jepun tidak mengizinkan introspeksi

Sementara itu, sumber sastera daripada Mohamad Noh pula telah membuat cerita pendek mengenai zaman peperangan tersebut yang melalui tulisannya itu, beliau mewakili memori kolektif kaum muda Brunei untuk menghadapi trauma zaman di Jepun.

Menurut Dr. Frank Dhont, seluruh cerita Mohamad Noh hanya sekadar memberi informasi daripada seorang generasi ketiga setelah peperangan itu berakhir dan beliau memberikan gambaran mengenai dengan anak-anak yang ikut serta semasa perang itu dan ceritanya berakhir dengan kekalahan Jepun.

Kesimpulannya, ujar beliau, jelas sekali bahawa analisa semasa zaman Jepun di Brunei masih berkurangan dan sastera Brunei hanya secara tidak langsung menyentuh masalahnya meskipun menyatakan bahawa era itu penting bagi generasi masa kini.

ARTIKEL YANG SAMA