Transmitter juara futsal RTB

Transmitter juara futsal RTB

Oleh Faridah Haji Ibrahim

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Pasukan Transmitter muncul juara Kejohanan Futsal Radio Televisyen Brunei (RTB) 2016 setelah menewaskan Pasukan OB ‘B’ pada perlawanan akhir yang berlangsung di Dewan Kompleks Sukan, Jabatan Kerja Raya, Berakas, baru-baru ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pegawai Tingkat Khas RTB, Haji Saiful Hazmi bin Haji Sulaiman.

Turut hadir pada acara tersebut ialah Penyelaras Sukan RTB, Haji Tamit bin Haji Jais.

Sebanyak 13 buah pasukan telah menyertai kejohanan tersebut yang bermula pada 18 November lepas dan empat buah pasukan telah bertanding pada peringkat separuh akhir dan akhir.

Pasukan Transmitter selaku juara menerima piala pusingan Pengarah RTB berserta baucar makan sumbangan Wayback Burgers Brunei.

Gambar ramai pasukan-pasukan yang terlibat dalam peringkat separuh akhir dan akhir.
Gambar ramai pasukan-pasukan yang terlibat dalam peringkat separuh akhir dan akhir.

Pemenang tempat ketiga dimenangi bersama oleh Pasukan Akariva (A) dan Pasukan Studio A.

Manakala penjaring terbanyak kejohanan ialah Saifuddin bin Haji Abdul Razak.

Kejohanan tersebut bertujuan untuk menjalinkan silaturahim di antara para pemain futsal dan pegawai-pegawai kakitangan RTB di samping merupakan aktiviti tahunan RTB.

ARTIKEL YANG SAMA