Trapattoni kagumi Simeone

Trapattoni kagumi Simeone

MADRID, 5 Mei (Agensi) – Tanpa berselindung, Giovanni Trapattoni (gambar) mengakui kagum terhadap jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone kerana berjaya membawa pasukan itu ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara musim ini.

Selain itu, Trapattoni turut kagum terhadap corak permainan yang diamalkan Atletico meskipun mereka dibebani tekanan semasa ditewaskan Bayern Munich 2-1 pada aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Pada aksi separuh akhir pertama di Vicente Calderon minggu lalu, gol solo disudahkan Saul Niguez membolehkan Atletico meraih kemenangan 1-0 ke atas Bayern Munich.

Perlawanan separuh akhir kedua di Allianz Arena pagi semalam pula menyaksikan Atletico tewas 1-2, namun kelab dari Sepanyol itu layak ke final berdasarkan kelebihan gol di tempat lawan.

Giovanni Trapattoni 26/5/2012

Bagaimanapun, Atletico dikecam sebilangan besar penyokong mereka sendiri kerana mengamalkan gaya permainan agresif serta melakukan kekasaran terhadap pemain-pemain skuad lawan.

Sehubungan itu, Trapattoni yang pernah membimbing Juventus, Inter Milan, Bayern Munich serta skuad kebangsaan Itali, menyifatkan corak permainan diamalkan Simeone memiliki persamaan dengan bekas pasukan-pasukannya.

Trapattoni turut percaya, Atletico di bawah bimbingan Simeone telah mempamerkan gaya permainan baharu yang menjadi alternatif kepada rentak Tiki-Taka.

“Lebih baik kalau saya tidak sebut nama pasukan, masih ada pasukan yang mengamalkan hantaran Tiki-Taka. Selain tidak mampu membantu menjaringkan gol, Tiki-Taka juga buat saya mengantuk kerana ia sangat membosankan.

ARTIKEL YANG SAMA