TRC Synergy dapat kontrak di Brunei bernilai RM231 juta

TRC Synergy dapat kontrak di Brunei bernilai RM231 juta

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Agensi) – TRC Synergy Bhd, unit yang dimiliki sepenuhnya oleh Trans Resources Corp Sdn Bhd telah mendapat kontrak sekitar $78.80 juta (RM231.15 juta) dari Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan Brunei Darussalam, yang berkaitan dengan kerja-kerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Dalam pemfailan kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu mengatakan kontrak itu adalah berkaitan dengan tender bagi ‘Kerja-kerja Pemulihan Jalan Lapangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei Fasa 1’, yang disertai bersama oleh TRC dan Swee Sdn Bhd.

Menurut TRC lagi, projek itu akan bermula pada 25 April nanti dan dijangka siap pada 24 November 2017.

“Sekiranya tiada aral melintang, lembaga berpendapat bahawa projek itu akan menyumbang secara positif kepada pendapatan dan pendapatan se saham Kumpulan TRC pada masa hadapan,” menurut syarikat itu.

ARTIKEL YANG SAMA