TRC Synergy raih kontrak bernilai RM61.59 juta daripada Petronas Carigali

TRC Synergy raih kontrak bernilai RM61.59 juta daripada Petronas Carigali

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) – TRC Synergy Bhd meraih kontrak bernilai RM61.59 juta bagi pembaikan dan penyelenggaraan jalan-jalan masuk serta kerja-kerja menstabilkan cerun daripada Petronas Carigali Sdn Bhd.

Kerja-kerja itu dalam hak laluan Projek Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak (Lokasi Sarawak), kata TRC Synergy.

“Tempoh kontrak itu dua tahun, berkuat kuasa 10 Sept, 2015, dengan pilihan melanjutkan tambahan satu tahun, menurut syarikat dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.

TRC Synergy berkata kontrak tersebut tidak akan memberi kesan kepada modal berbayar dan terbitannya dan dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham TRC Group bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2015.

ARTIKEL YANG SAMA