Trek British baiki prestasi

Trek British baiki prestasi

LONDON, 1 Mac (AFP) – Pasukan Trek British kembali ke tempat kejayaan terhebatnya UCI World Track Championship di London minggu ini dengan seluruh dunia merapatkan jurang ke atas tuan rumah menjelang Sukan Olimpik di Rio musim panas ini.

Ketika Olimpik di London 2012, pasukan British memenangi sekitar 12 pingat berbasikal, malam menarik dalam acara litar di mana penguasaan mereka adalah hampir sepenuhnya.

British masih memiliki bintang bekas pemenang Tour de France, Bradley Wiggins yang dibarisi bersama pemenang peringkat Jelajah 26 kali, Mark Cavendish dan juara dua kali Olimpik 2012, Laura Trott, tetapi kekuatan British terjejas sejak Lee Valley Velodrome menghoskan Sukan London.

Negara–negara trak terkemuka yang lain terutamanya Perancis, Australia, Jerman dan New Zealand, semuanya terlibat pada Kejuaraan Dunia 2015 dan berazam untuk menghasilkan kejayaan dalam 10 kunci disiplin yang menjadi keutamaan dalam program Olimpik di Rio.

Acara mengejar masih lagi menjadi kuat bagi pasukan lelaki dan wanita Britain dengan Wiggins sebahagian dari skuad yang dipercayai masih dalam laluan bagi memperbaiki rekod dunia 3 minit 51.659 yang mereka catatkan pada Olimpik lalu.

“Saya rasa ia akan diungguli Kiwi, anda tidak boleh memandang mereka lemah,”kata Owain Doull dari GB pilihan bagi memenangi pingat emas lelaki.

“Apa yang mereka lakukan pada tahun lepas adalah istimewa, memenangi pingat emas. Pasukan dari Australia memiliki pasukan yang lemah tetapi saya rasa mereka masih lagi kuat. Saya rasa ia begitu hampir….dan mereka mencatatkan masa terpantas.”

Pasukan pengejar wanita Britain, pemenang empat kali berturut–turut dalam Kejuaraan Dunia ditamatkan oleh Australia di Perancis 10 bulan yang lalu, yang juga menjadi pilihan, hanya kerana kelebihan di tempat sendiri, walaupun Australia menyerahkan kekalahan pertama kepada mereka pada tahun lepas sejak acara itu dipindahkan dari tiga kepada empat penunggang.