Trentin menangi perlumbaan ke-18 Giro d’Italia

Trentin menangi perlumbaan ke-18 Giro d’Italia

PINEROLO, Itali, 27 Mei – Matteo Trentin menggunakan pecutan lewat dan beberapa kerja berpasukan untuk memenangi peringkat terpanjang Giro d’Italia semalam, sementara Steven Kruijswijk terus bertahan bagi pendahuluan keseluruhannya dengan hanya berbaki dua cabaran.

Moreno Moser dari Cannondales dan rakan sepasukan Trentin dari Ettic Quick-Step, Gianluca Brambilla berada dalam pendahuluan menghampiri garisan penamat apabila Trentin merapatkan jurang dari sekumpulan penunggang yang mengejar.

Brambilla diberitahu menerusi radio bahawa Trentin hadir sementara Moser tidak sedar, yang membolehkan Trentin untuk memecut memintas dan memenangi kejayaan ketiganya dalam Grand Tour.

“Ia adalah kemenangan yang dihasilkan dengan kerja berpasukan,” kata Trentin, yang juga memenangi dua peringkat dalam Tour de France pada 2013 dan 2014, termasuk klasik Paris-Tours sehari tahun lepas. “Saya pasti lambat atau cepat peringkat bagi saya akan hadir.”

Mosher menamatkan tempat kedua dan Brambilla di tempat ketiga, dengan kedua-duanya pada masa yang sama seperti Trentin hampir 5 jam setengah. Ketiga-tiga penunggang Itali adalah sebahagian dari penunggang yang berpecah awal dari kumpulan penunggang.

Trentin yang memenangi perlumbaan peringkat ke-18 Giro d’Italia. – AP
Trentin yang memenangi perlumbaan peringkat ke-18 Giro d’Italia. – AP

Kumpulan utama bersama Kruijswijk dan pendahulu lain menamatkan lebih dari 13 minit di belakang pada peringkat ke 18, 244 kilometer (152 batu) dari Muggio ke Pinerolo.

laluan bermula dengan mendatar tetapi berakhir dengan bukit–bukit yang curam dan penurunan yang berbahaya sebelum mendatar sekali lagi sebelum tamat.

Dengan jersinya yang terbuka mendedahkan dadanya, Trentin mempunyai masa untuk meraikan ketika dia menyusur ke garisan penamat.

“Saya cuba untuk beraksi secara tenang dan menghindarkan Moser sedikit untuk mengekalkannya di depan,” kata Brambilla. “Saya melihat jersi biru datang, jadi saya berhenti membantu Moser, saya terus kekal berkayuh dan kami mampu untuk mendapatkan kejayaan. Saya merasa gembira bagi Matteo.” – AP

ARTIKEL YANG SAMA