Triathlon uji persediaan Olimpik Rio

Triathlon uji persediaan Olimpik Rio

RIO DE JANEIRO, 3 Ogos – Ahli triatlet elit dari seluruh dunia berada di Pantai Copacabana, Rio de Janeiro semalam untuk menyertai latihan bagi Sukan Olimpik tahun depan.

Acara itu adalah penting bagi para atlet untuk mendapatkan tempat dalam pasukan Olimpik kebangsaan mereka tetapi banyak ujian tentang keupayaan bandar untuk mengadakan acara sukan terbesar dunia tepat dalam masa 12 bulan.

Dengan ikon Sugaloaf Mountain Rio menjadi latar belakangnya, pesaing berebut menyeberangi Copacabana dan menyelam pada peringkat renang sebelum bertukar kepada basikal, kemudian lumba jalan kaki.

Bintang AS, Gwen Jorgensen memenangi acara wanita, seperti yang dijangka, menewaskan 56 peserta lain dengan Non Stanford dari Britain dan Vix Holland memenangi pingat perak dan gangsa.

Trialtlet Sepanyol Javier Gomez meraikan kemenangan di Copacabana semalam. – AFP
Trialtlet Sepanyol Javier Gomez meraikan kemenangan di Copacabana semalam. – AFP

Dalam acara lelaki, juara nombor satu dunia sekarang dan pemenang pingat perak Olimpik 2012, Javier Gomez mendapatkan penghormatan tertinggi, disusuli Vincent Luis dari Perancis dan Richard Murray dari Afrika Selatan. Juara Olimpik, Alistair Brownlee dari Britain jatuh kembali kepada kedudukan ke-10.

Perlumbaan itu juga satu peluang untuk melihat kesediaan Rio bagi Olimpik tahun depan. Acara yang diadakan di pantai paling popular Rio pada hujung minggu itu menyaksikan para atlet dalam persaingan sengit, sementara berbasikal dan berlari diperlukan untuk menguasai jalan-jalan yang biasanya sibuk.