Tribunal keluar keputusan perbalahan Laut China Selatan pada Selasa

Tribunal keluar keputusan perbalahan Laut China Selatan pada Selasa

THE HAGUE, 10 Julai – Tribunal antarabangsa pada Selasa akan mengeluarkan satu keputusan dalam perbalahan mengenai Laut China Selatan, dalam kes yang menimbulkan risiko akan menambah ketegangan di Asia Tenggara.

Mahkamah Penimbang Tara Tetap (PCA) – tribunal penimbang tara antarabangsa paling tua di dunia – akan mengeluarkan satu keputusan bertulis pada pukul 11:00 pagi selepas Filipina mencabar tuntutan China ke atas kebanyakan jalan air strategik itu.

Manila mengemukakan tindakan guaman ke atas Beijing pada 2013, berkata selepas rundingan 17 tahun, ia telah kehabisan semua jalan politik dan diplomatik.

Berasa marah dengan tindakan tersebut, Beijing enggan mengambil bahagian, menambah ia tidak akan mematuhi keputusan yang dikeluarkan oleh tribunal tanpa “bidang kuasa” mengenai isu tersebut.

Pakar perundangan bersetuju selepas berbincang selama tiga tahun, dua pertemuan dan bukti setebal hampir 4,000 muka surat, mahkamah di The Hague mungkin menyokong Manila – dalam keputusan dengan kesan yang amat merumitkan.

“Satu keputusan daripada tribunal yang menolak beberapa tuntutan China yang lebih ragu-ragu akan memberikan sokongan kepada pandangan utama negara lain dii rantau,” beritahu Cecily Rose, penolong profesor undang-undang Undang-undang Antarabangsa Awam di Universiti Leiden, kepada AFP.

“China pastinya mematuhi keputusan itu.

“Namun jika ia enggan berbuat demikian, tribunal tidak mempunyai mekanisme penguatkuasaan di mana mereka boleh menggunakannya,” kata Rose. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA