Trio Joshua, Weigl, Brant dalam skuad 27

Trio Joshua, Weigl, Brant dalam skuad 27

pg21_160519_c

BERLIN, 18 Mei (AFP) – Pemain midfield Joshua Kimmich (17), Julian Weigl (6) dan Julian Brant (11) semalam dimasukkan dalam skuad 27 pemain pasukan Jerman bagi kejuaraan Eropah bulan depan di Perancis.

Pemain midfield, Kimmich, 21, mendapatkan kemasukan ke dalam pasukan pertama Bayern Munich awal musim ini dan sekarang menerima sokongan dari pasukan Bawah 21 tahun Jerman, begitu juga dengan pemain sayap Bayer Leverkusen, Julian Brandt, 20.

Sama seperti Kimmich, pemain midfield Borussia Dortmund, Weigl, 20, berjaya bersama pasukan kebangsaan selepas semusim penuh di Bundesliga.

Ketua jurulatih, Joachim Loew mempunyai masa sehingga 31 Mei ini untuk mengurangkan skuadnya dari 27 pemain kepada 23 pemain sementara pasukan Jerman akan beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Slovakia pada 29 Mei, kemudian menentang Hungary pada 4 Jun, sebelum perlawanan pembukaan Euro 2016 menentang Ukraine pada 12 Jun.

Terdapat beberapa kejutan dalam skuad kendalian Loew, yang diumumkan di Kedutaan Perancis di Berlin dan 14 dari skuad yang dimenanginya pada Piala Dunia 2014 telah dimasukkan.

Kapten pasukan Jerman dan pemain midfield, Bastian Schweinsteiger, yang mencatatkan 114 cap, dilibatkan ketika dia pulih dari kecederaan ligmen lutut.

“Kami perlu lihat dan tunggu bila dia bo leh berlatih bersama kami. Dia kembali kepada latihan larian penuh, tetapi kami perlu melakukannya apabila dia boleh berlatih bersama pasukan,’ kata Loew.

“Kami mahu melihat terlebih dahulu bagaimana dia boleh berlatih sehingga 31 Mei,kemudian kami perlu meneruskan bagaimana dia melakukan sebelum memulakan perlawanan.

“Dia penting bagi kami, walaupun jika dia tidak berjaya bagi perlawanan pertama.”

ARTIKEL YANG SAMA