Triton lebih tegap dan bergaya

Triton lebih tegap dan bergaya

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, dengan bangganya mengumumkan pelancaran rasmi Mitsubishi Triton serba baharu, baru-baru ini. Ia adalah generasi kelima trak pikap yang dikeluarkan oleh Mitsubishi Motors dalam tempoh 37 tahun.

Turut hadir pada majlis pelancaran ialah Presiden dan Ketua Pegawai Operasi, Tetsuro Aikawa dari Mitsubishi Motors Corporation (MMC), Naib Presiden Eksekutif dan CEO Kumpulan bagi Kumpulan Pemesinan Mitsubishi Corporation (MC) Jepun, Kozo Shiraji; Pengerusi MMM, Tan Sri Marzuki bin Mohd Noor; dan juga Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Won-Chul Yang.

Triton serba baharu ini dibangunkan sebagai ‘Trak Utiliti Sport Terhebat’, menggabungkan keselesaan ruang dalaman kereta penumpang dengan fungsi-fungsi dan keupayaan sebuah pikap. Tegap, bergaya dan reka bentuk dinamik yang menzahirkan bentuk atlet yang cergas, Triton menawarkan ruang dalaman yang luas, kapasiti mengangkut barangan yang mencukupi dan pengendalian yang menerajui kelasnya.

Reka bentuk hadapan bercirikan reka bentuk jeriji tersendiri yang mana, bersama dengan lampu hadapan bergaya, memberikan pandangan 3-dimensi yang teguh pada bonet. Dilihat daripada sudut profil, Triton ini memiliki reka bentuk arus ke hadapan dan ‘garisan J’ di antara kabin dan dek belakang yang merupakan rumusan inovatif untuk memaksimumkan ruang dalaman dan pada masa sama, menyediakan jumlah kargo yang besar.

(Dari kiri-kanan) CEO MMM, Yang; Shiraji; Aikawa; Tan Sri Marzuki dan Korporat GM, Namiki.
(Dari kiri-kanan) CEO MMM, Yang; Shiraji; Aikawa; Tan Sri Marzuki dan Korporat GM, Namiki.

Sama seperti generasi Triton sebelumnya yang menetapkan standard baharu dalam segmen pikap, penggantinya ini juga membawa ciri-ciri pertama dalam kelasnya seperti Butang Tekan Nyala, Operasi Tanpa Kunci, Lampu Hadapan Xenon HID yang disepadukan dengan Lampu Pasang Siang, Kemudi Roda Telescopic dan Tilt beserta Padel Pengubah untuk kawalan manual kepada transmisi automatik apabila pemandu mahu menggunakannya.

Ciri-ciri terbaik dalam kelasnya merangkumi prestasi enjin paling berkuasa dalam kelasnya dengan output maksimum 178 kuasa kuda, kuasa kilas 400Nm dan radius pusingan 5.9 meter.

Selain itu, ciri-ciri barunya termasuk pilihan 4WD, Sistem Audio Sentuhan Paparan dengan Kamera Mengundur, Audio Lampu Depan dan Penggilap Cermin, dan Kawalan Suhu Dua Zon. (Ciri-ciri bagi setiap varian adalah berbeza)

ARTIKEL YANG SAMA