Trofi akhiri penderitaan

Trofi akhiri penderitaan

LONDON, 4 mei (AFP) – Kapten Chelsea, John Terry menyifatkan kejayaan menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris malam tadi mengakhiri penderitaan selama lima tahun yang ditanggung kelab itu.

Chelsea mengesahkan kejuaraan keempat EPL dan kelima Liga Inggeris hasil kemenangan 1-0 ke atas Crystal Palace di Stamford Bridge.

“Inilah sebab mengapa saya terus hidup. Sudah lima tahun sejak kali terakhir kami memenanginya. Kali pertama (pada 2005) adalah istimewa dan apabila kamu mengharungi empat atau lima tahun tanpanya, ia amat menyakitkan,” kata Terry.

“Jadi saya amat menikmatinya hari ini,” katanya dalam temuramah bersama stesen televisyen, Sky Sports sejurus perlawanan.

Pemain sayap lincah, Eden Hazard muncul wira Chelsea dengan menjaringkan gol tunggal perlawanan.

Chelsea, English champions

Begitupun ia sedikit mencemaskan apabila sepakan penaltinya berjaya diselamatkan penjaga gol Palace, Julian Speroni namun tindakan susulannya menyaksikan penalti itu tidak disia-siakan.

Kemenangan memberikan skuad bimbingan itu kelebihan 16 mata di depan pencabar terdekat, Manchester City dan Arsenal dengan kedua-duanya beraksi lebih lewat.

Sekalipun kedua-duanya mencatat kemenangan, ia tidak mampu menggugat kedudukan Chelsea untuk menjulang kejuaraan yang kali terakhir dimenangi pada 2010 di bawah bimbingan Carlo Ancelotti.

“Ia perasaan yang menakjubkan,” kata Terry yang bersama-sama Chelsea menjuarai empat gelaran dengan tiga daripadanya bersama pengendali, Jose Mourinho.

“Kami bekerja amat keras, jadi untuk mendapat keputusan ini adalah hebat. Ia agak mencemaskan. Mereka (Palace) adalah pasukan yang baik dan menjadikan ia lebih sukar. Kami berterima kasih kepada Eden yang mendapatkan tunggal perlawanan dan memenangi perlawanan,” katanya.

Hazard yang baru-baru ini dinamakan sebagai pemenang anugerah Pemain Terbaik Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional England berkata Chelsea memang layak bergelar juara.

ARTIKEL YANG SAMA