Trudeau menangi pilihan raya Canada

Trudeau menangi pilihan raya Canada

OTTAWA, 20 Okt – Pemimpin Liberal Kanada Justin Trudeau, anak lelaki bekas perdana menteri popular, memenangi pilihan raya umum semalam yang disiarkan oleh rangkaian televisyen, satu kekalahan mengagumkan untuk Parti Konservatif pimpinan Stephen Harper.

Rangkaian CBC dan CTV menyiarkan Trudeau, 43 tahun yang mengadakan kempen sengit dan menawarkan apa yang digelarnya ‘wawasan baru’ untuk negara yang akan menubuhkan kerajaan majoriti dengan lebih 170 daripada 338 kerusi dalam Dewan Rakyat.

Tinjauan umum telah meningkat ketika kempen, salah satu yang paling lama dalam sejarah negara, namun pengundian akhir menunjukkan Liberal pimpinan Trudeau lapan mata di depan Tories, satu kelebihan yang timbul daripada pilihan raya.

Keputusan awal menunjukkan Liberal memenangi kesemua 32 kerusi di wilayah Atlantik Kanada, menambah dua kali ganda sokongan popular mereka di rantau, dan mencatat keputusan baik di wilayah Ontario dan Quebec.

Parti itu bangkit dari belakang pada akhir kempen, dengan Trudeau – anak sulung Pierre Trudeau, dianggap bapa moden Kanada, menjanjikan “bukan sahaja perubahan dalam kerajaan, tetapi kerajaan yang lebih baik.”

Justin Trudeau dan isterinya Sophie bersalaman sebagai tanda penghargaan kepada penyokongnya di Montreal hari ini selepas memenangi pilihan raya umum. – AFP
Justin Trudeau dan isterinya Sophie bersalaman sebagai tanda penghargaan kepada penyokongnya di Montreal hari ini selepas memenangi pilihan raya umum. – AFP

“Saya telah lama mengenali Justin Trudeau dan beliau adalah seseorang yang amat bersopan santun dan jujur,” beritahu penyokong parti Max Liberman kepada AFP.

Penyokongnya bersorak di sebuah hotel Montreal sebaik sahaja mendengar keputusan pertama. Untuk ramai warga Kanada, pilihan raya adalah satu referendum mengenai gaya pengurusan Harper yang tidak fleksibel, serta orang yang paling baik diganti untuk memulihkan ekonomi.

Trudeau dipilih pemimpin Liberal dua tahun lalu, selepas dua pemimpin lama gagal menewaskan Harper pada 2008 dan 2011 dan seterusnya meletak jawatan. – AFP