Trump, anak lelakinya kecam pendatang asing

Trump, anak lelakinya kecam pendatang asing

NEW YORK, 21 Sept – Pendirian keras Donald Trump berhubung pendatang selepas dua pengeboman di kawasan New York sekali lagi mencetuskan perdebatan pada kempen Rumah Putih semalam, apabila anak lelakinya menimbulkan kehebohan dengan membandingkan pelarian dengan gula-gula berbahaya.

Pendirian calon presiden parti Republikan itu tidak boleh diubah berhubung pendatang haram – malah menggelarkan mereka “Trojan Horse” berbahaya yang memasuki negara dengan tujuan membuat onar – yang tidak dapat dipisahkan berkaitan dengan kebangkitannya.

Kebanyakan Republikan menyokong kata-kata tegasnya, dengan tinjauan pendapat menunjukkan majoriti anggota parti bersetuju dengan gesaannya pada Disember lalu untuk menegah orang Islam daripada memasuki AS.

Sejak itu, Trump menahan diri dari menyasarkan orang Islam, tetapi dia memperjuangkan laporan polis tentang tersangka-tersangka dan berjanji akan menegah para pendatang dan pelancong dari negara-negara tertentu yang dianggap berbahaya seperti Syria.

Calon itu berulang kali memberi amaran tentang risiko yang diperlihatkan oleh pelarian Syria, dengan mengatakan ketibaan di Eropah, pengendali kumpulan Islam (IS) yang menyamar sebagai orang pelarian biasa dan mengatakan para pegawai imigresen AS tidak memeriksa dengan betul-betul semasa ketibaan mereka.

Donald Trump berucap semasa perhimpunan kempennya di at High Point University, kelmarin, di High Point, Carolina Utara. - AP
Donald Trump berucap semasa perhimpunan kempennya di at High Point University, kelmarin, di High Point, Carolina Utara. – AP

Pada kempen itu juga, anak lelaki Trump, Donald Jr, salah seorang pengganti sementara beliau telah mengundang kontroversi dengan pernyataannya di Twitter yang membandingkan pelarian Syria dengan semangkuk gula-gula Skittles yang beraneka warna – sesetengahnya berbahaya, tetapi tidak di mata kasar.

“Gambaran ini menghuraikan segala-galanya,” katanya di Twitter dengan gambar mangkuk putih berisi dengan gula-gula kesukaan ramai.

Ditulis di atas gambar itu ialah “Jika saya ada semangkuk gula-gula Skittles dan saya memberitahu kamu bahawa hanya tiga daripadanya akan membunuh kamu, adakah kamu menginginkan beberapa itu? Itu adalah masalah pelarian Syria kita.”

Trump Jr demikian mengatakan ia adalah terlalu berbahaya untuk menerima pendatang apabila sebilangan kecil dari mereka mungkin melancarkan serangan.

Lelaki yang dituduh menanam bom di pusat bandar Manhattan dan berhampiran pada satu perlumbaan di New Jersey pada hujung minggu adalah lelaki berketurunan Afghanistan yang menjadi warganegara Amerika. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA