Trump – ancaman kedamaian, kemakmuran

Trump – ancaman kedamaian, kemakmuran

BERLIN, 6 Mac (Reuters) – Naib Canselor Jerman, Sigmar Gabriel telah mengkritik calon utama presiden Republikan Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sebagai populis berhaluan kanan yang pandangan politiknya menggambarkan ancaman kepada keamanan dan kemakmuran.

Komen Gabriel, menteri ekonomi dan ketua Demokrat Sosial, adalah petanda jelas bahawa pemerintahan politik di Eropah amat bimbang tentang keputusan pilihan raya presiden AS.

“Sama ada Donald Trump, Marine le Pen atau Geert Wilders – semua populis berhaluan kanan ini bukan saja menjadi ancaman kepada kepaduan sosial dan keamanan, namun juga kepada pembangunan ekonomi,” kata Gabrierl memberitahu akhbar Welt am Sonntag dalam satu temu bual yang disiarkan hari ini.

Gambar fail pada 17 Februari 2016 menunjukkan Sigmar Gabriel (kiri) dan Canselor Jerman, Angela Merkel ketika menghadiri mesyuarat mingguan kabinet di Canseleri di Berlin, Jerman. – Reuters
Gambar fail pada 17 Februari 2016 menunjukkan Sigmar Gabriel (kiri) dan Canselor Jerman, Angela Merkel ketika menghadiri mesyuarat mingguan kabinet di Canseleri di Berlin, Jerman. – Reuters

Gabriel mengatakan Trump dan Le Pen Perancis telah menjanjikan para pengundi ‘satu jalan ke dunia dongeng’ yang mana aktiviti ekonomi hanya terjadi dalam sempadan negara namun sejarah telah menunjukkan bahawa ekonomi terasing seperti itu tidak mempunyai peluang untuk berkembang. “Kita perlu berusaha untuk menjelaskan bagaimana ingin membentuk globalisasi dalam cara yang lebih adil,” kata Gabriel.

Ahli-ahli politik di Jerman dan di Eropah telah menyaksikan bintang TV realiti dan ahli perniagaan Trump telah bergerak dari peluang tipis kepada barisan hadapan ahli Republikan berusaha untuk pencalonan parti menjelang pilihan raya presiden 8 November.

Trump menyifatkan dasar Angela Merkel yang mengalu-alukan pelarian sebagai ‘gila’ dan meramalkan ia akan menyebabkan rusuhan di Jerman.