Trump berang pencalonan digagalkan

Trump berang pencalonan digagalkan

LAS VEGAS, 19 Jun (AP) – Calon presiden Republican, Donald Trump, yang berang dengan usaha saat akhir sebahagian anggota parti itu menggagalkan beliau dinamakan sebagai calon, mengancam menghentikan sumba-ngan dana jika ahli parti itu tidak menyokongnya.

Bercakap di Pulau Treasure di Las Vegas, Trump merujuk kepada ‘kumpulan pemberontak’ yang cuba menghalang perwakilan pada konvensyen parti itu Julai ini.

“Sekarang ada beberapa orang yang kalah teruk dan cuba menganjurkan sesuatu yang kelihatan seperti rampasan perwakilan. Saya rasa mereka sudah pun mencuba,” katanya.

Trump membantah usaha seumpama itu beberapa kali ketika berucap, mendakwa ia ‘tidak sah’ dan kemudian menyifatkan ia sebagai pemalsuan yang dicetuskan media.

“Ia dibuat media. Ia palsu,” katanya.

Trump bercakap kepada sekumpulan penyokong semasa perhimpunan kempen di Phoenix, Arizona semalam. – AFP
Trump bercakap kepada sekumpulan penyokong semasa perhimpunan kempen di Phoenix, Arizona semalam. – AFP

Trump turut tertanya siapa yang akan dipilih penentangnya sebagai pengganti, masalah yang mencengkam pergerakan ‘Never Trump’ selama beberapa bulan.

“Siapa yang mereka akan pilih. Saya mengalahkan semua orang. Saya tidak bermaksud pukul, saya mengalahkan mereka dengan teruk,” katanya.

Trump terus berdepan tentangan anggota Republican yang menyuarakan kebimbangan berhubung kenyataan retoriknya.

Kekecewaan hartawan New York itu semakin memuncak dan berkata, “Sangat baik jika Republikan dapat membantu kita sedikit.”

Beliau turut mengancam akan menghentikan sumbangan dana dan berbalik kepada kempennya yang dibiaya sendiri jika anggota Republican tidak bersatu menyokongnya.