Trump ‘berbahaya’ – Clinton

Trump ‘berbahaya’ – Clinton

WASHINGTON, 22 Jun (AFP) – Hillary Clinton semalam membidas kerasionalan saingannya dalam pilihan raya Rumah Putih, Donald Trump menjadi presiden yang layak, dengan menggambarkan jutawan provokatif itu sebagai ‘berbahaya’ dan ahli perniagaan yang memanipulasi yang akan membenamkan ekonomi AS.

Kecaman ke atas urusan perniagaan Trump oleh wakil Demokratik dibuat apabila calon Republikan mendedahkan defisit kewangan yang tidak pernah wujud sebelum ini sebelum pilihan raya, terbaru dalam beberapa halangan dan penjejasan yang disengajakan yang telah menjejaskan kempennya.

Clinton dalam ucapannya di Ohio, yang mana dia mengatakan bahawa Trump yang tidak mempunyai rancangan untuk mengembalikan pengilangan dan pekerjaan lain boleh membawa negara kembali kepada kemelesetan.

“Kita tidak boleh membiarkan dia memufliskan Amerika, dia berucap di Columbus. “Kita tidak boleh membiarkan dia memperjudikan masa depan anak-anak kita.”

Dengan membidas empayar korporat Trump, Clinton berhasrat melumpuhkan dakwaan kuat saingannya bahawa dia boleh menterjemahkan kepintaran perniagaannya menjadi kejayaan Pejabat Oval.

Dia telah menulis banyak buku tentang perniagaan. Kesemuanya nampaknya berakhir pada Bab 11,” dia berseloroh, dengan merujuk kepada kod undang-undang AS yang menangani kemuflisan dan penyusunan semula pertubuhan.

Dia mendakwa Trump enggan membayar yuran kepada beberapa para pekerja dan mempunyai produknya sendiri dikilangkan di luar negara – langkah yang menurut Clinton menyusahkan rakyat Amerika yang bekerja keras.

Trump juga ‘meraih kekayaan dengan memfailkan kemuflisan dan menekan pemberi hutang dalam proses itu, yang mengakibatkan beratus-ratus orang hilang pekerjaan,” menurut Clinton lagi.

“Di Amerika, kita tidak iri hati kepada mereka yang berjaya, tetapi kita tahu mereka tidak seharusnya berjaya dengan memusnahkan impian orang lain.”

ARTIKEL YANG SAMA