Trump ‘berfikiran terbuka’ terhadap perubahan iklim

Trump ‘berfikiran terbuka’ terhadap perubahan iklim

WASHINGTON, 23 Nov – Donald Trump semalam membayangkan bahawa penyingkirannya terhadap ancaman perubahan iklim ketika kempennya mungkin hanyalah sesuatu yang diperbesarkan, dengan mengatakan beliau ‘berfikiran terbuka’ dalam menyokong perjanjian sejagat.

Presiden AS yang baru dilantik itu muncul dari rundingan membentuk kabinet di ibu pejabatnya di Trump Tower dan membuat perjalanan sepuluh minit di bandar itu menuju New York Times bagi berbagai-bagai temu bual berhubung rancangannya.

Beliau yang menafikan aktivis-aktivis ‘berhaluan kanan’ yang mengatakan pemilihannya sebagai kemenangan bagi kekuasaan kulit putih, menjauhi desakan supaya mendakwa Hillary Clinton dan mempertahankan empayar perniagaan sejagatnya.

Dan beliau nampaknya melembutkan janjinya untuk mengeluarkan AS dari perjanjian seperti Perjanjian Paris COP21 tahun lalu, yang mengikat negara-negara kepada janji kebangsaan untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau.

“Saya sedang menelitinya lebih mendalam lagi. Saya berfikiran terbuka tentang perkara itu,” beliau memberitahu para eksekutif dan wartawan New York Times pada makan tengah hari di ibu pejabatnya, menurut keterangan surat khabar itu sendiri.

Donald Trump semasa berada di lobi New York Times berikutan pertemuannya dengan para editor akhbar tersebut kelmarin di New York City. – AFP
Donald Trump semasa berada di lobi New York Times berikutan pertemuannya dengan para editor akhbar tersebut kelmarin di New York City. – AFP

Berkempen sebelum 9 November, Trump berulang kali memberitahu para pengundi Timur Laut dan selatan AS, antara lainnya para pekerja kilang, pelombong arang batu dan pengusaha minyak bahawa beliau akan membatalkan perjanjian iklim antarabangsa. Pada 2012 lalu beliau menyatakan di Twitter “Konsep kepanasan sejagat telah diwujudkan oleh dan untuk pihak China bagi menjadikan pengilangan AS tidak kompetitif.”

Kini dilantik dan dijangka menjadi presiden pada 20 Januari, apabila beliau bertemu dengan penulis kolum Times, Thomas Friedman beliau mengakui mungkin wujud hubungan antara industri manusia dan kepanasan sejagat.

“Saya berpendapat wujud beberapa hubung kait. Sesuatu, ia bergantung pada berapa banyak,” ujarnya, dengan menambah kata beliau bagaimanapun masih bimbangkan tentang berapa tahap penghijauan yang akan menjejaskan ‘syarikat kita.” – AFP