Trump berikrar beri tumpuan memimpin AS

Trump berikrar beri tumpuan memimpin AS

NEW YORK, 1 Dis – Donald Trump semalam berusaha mengurangkan kritikan yang mengatakan empayar perniagaan besar beliau menimbulkan konflik kepentingan yang tidak pernah berlaku sebelum ini bagi bakal Presiden AS, meskipun beliau dibidas kerana memenuhkan kabinet beliau dengan rakan-rakan jutawannya.

Dalam salah satu penghantaran di Twitter awal subuh yang telah pun menjadi ciri-ciri utama beliau, orang berpengaruh dalam hartanah Manhattan ini berjanji beliau akan mendedahkan satu rancangan bulan depan untuk mengenepikan ‘perniagaan besar beliau untuk sepenuhnya memberi tumpuan pada memimpin negara.”

Taikun berusia 70 tahun itu tidak menyatakan siapa akan mengambil alih hartanah sejagatnya yang bernilai berbilion-bilion dolar dan kepentingan penjenamaan mewah beliau, tetapi berkata anak-anaknya akan hadir pada sidang media 15 Disember.

Gambar fail – Donald Trump ketika mengulas mengenai status presiden yang bakal dijawatnya pada Januari depan baru-baru ni. – AP
Gambar fail – Donald Trump ketika mengulas mengenai status presiden yang bakal dijawatnya pada Januari depan baru-baru ni. – AP

Beliau telah sebelum ini berkata anak perempuannya, Ivanka dan anak-anak lelakinya, Eric dan Donald Jr boleh mengambil alih tanggung jawab seharian, tetapi masih tidak jelas apa akan beliau lakukan dengan pegangan peribadi beliau.

“Sementara saya tidak ada mandat untuk melakukan ini di bawah undang-undang, saya merasakan adalah penting pada penglihatan, sebagai presiden untuk tidak mempunyai konflik kepentingan dengan pelbagai perniagaan saya,” kata beliau di Twitter, dengan berusaha melupakan kontroversi etika yang semakin berkembang. – AFP