Trump berjanji pulihkan ekonomi AS

Trump berjanji pulihkan ekonomi AS

WASHINGTON, 9 Ogos – Republikan Donald Trump berkata semalam beliau akan mengurangkan cukai, menyekat peraturan kewangan yang membebankan dan melancarkan sektor tenaga tatkala beliau berjanji untuk “memulihkan Amerika” dengan pelan ekonomi baru jika beliau dipilih sebagai presiden.

Jutawan itu mengumumkan cadangannya dalam satu ucapan di Detroit tatkala beliau membetulkan semula kempennya dan menumpu pada dasar yang bertentangan dengan Hillary Clinton.

“Kami berada dalam satu pertandingan dengan dunia, dan saya mahu Amerika menang,” beritahu Trump kepada Kelab Ekonomi Detroit, ketika beliau memaparkan dasar “yang membawa mala petaka” yang dikatakan oleh beliau telah menghapus pekerjaan AS dalam tempoh lapan tahun di bawah pimpinan Barack Obama.

“Saya mahu memulihkan Amerika. Ia boleh dilakukan, dan ia tidak semestinya sukar,” kata beliau.

Trump menyampaikan ucapan pelan dasar ekonomi beliau di Kelab Ekonomi Detroit semalam di Detroit Michigan. Trump berkata beliau akan mengurangkan cukai, menyekat peraturan kewangan yang membebankan dan me-lancarkan sektor tenaga. – AFP
Trump menyampaikan ucapan pelan dasar ekonomi beliau di Kelab Ekonomi Detroit semalam di Detroit Michigan. Trump berkata beliau akan mengurangkan cukai, menyekat peraturan kewangan yang membebankan dan me-lancarkan sektor tenaga. – AFP

Trump membentang beberapa siri dasar untuk memulihkan enjin ekonomi yang terjejas, termasuk pengurangan cukai korporat daripada 35 peratus kepada 15 peratus, sesuatu yang dikemukakannya pada September sebagai satu cara untuk menarik semula korporasi AS yang berpindah ke luar negara.

Beliau juga menetap cukai 10 peratus ke atas perniagaan Amerika berjumlah bertrilion dolar yang kini dipindah di luar negara” dan dihantar pulang ke Amerika Syarikat.

Cukai peribadi juga akan merosot, dengan kadar teratas pada 33 peratus, berbanding dengan 39.6 peratus hari ini.

Trump berkata beliau mahu “mengurangkan peraturan secara besar-besaran,” satu tindakan yang dikatakan oleh beliau akan menghapus “sauh” yang membebani perniagaan kecil, sesuatu yang telah dikemukakan oleh Republikan bertahun-tahun lamanya ketika kepimpinan Obama. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA