Trump berterima kasih kepada Putin

BEDMINSTER, Amerika Syarikat (AS), 11 Ogos – Presiden Donald Trump semalam berterima kasih kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin kerana mengarahkan kedutaan AS di Moscow untuk mengurangkan kakitangannya yang pasti akan mengurangkan kos bayaran.

Bulan lalu, Kremlin meminta Washington mengurangkan kakitangan diplomatik di Rusia kepada 755 pekerja, keduanya diplomat AS dan kakitangan setempat.

Ini dilihat sebagai petanda bersejarah dalam hubungan Rusia-AS selepas perang Dingin tetapi Trump, yang telah lama menyatakan kes itu bagi hubungan lebih rapat, berkata selepas mesyuarat bersama pembantu utama di New Jersey yang dilihatnya sebagai sinar harapan dalam krisis tersebut.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepadanya kerana kami cuba untuk mengurangkan senarai gaji dan setakat yang saya tahu, saya berterima kasih dia melepaskan sejumlah orang kerana kami sekarang mempunyai senarai gaji yang lebih kecil,” jelas Trump.

“Tida ada alasan sebenar bagi mereka untuk kembali. Saya menghargai fakta bahawa kami mampu untuk mengurangkan senarai gaji AS. Kami akan menjimatkan lebih banyak wang.”

Trump ketika berucap mengenai perkara berkenaan di Kelab Golf Nasional Trump di Bedminster. – AP
Trump ketika berucap mengenai perkara berkenaan di Kelab Golf Nasional Trump di Bedminster. – AP

AS dan Rusia bertelagah mengenai campur tangan senjata Moscow di Ukraine dan pengenaan Washington terhadap sekatan ekonomi ke atas sekutu Kremlin itu.

Hubungan terjejas dengan campur tangan Rusia dalam pilihan raya AS pada tahun lepas, yang dikatakan agensi perisik AS adalah dihasratkan untuk membantu Trump dipilih.

Penyokong Trump menolak idea ini tetapi pendakwa khas AS sedang menyiasat dakwaan bahawa ahli-ahli kempennya berpakat secara sulit bersama sumber-sumber Rusia.

Bulan lalu, penggubal undang-undang AS meluluskan undang-undang hukuman tegas ke atas Rusia kerana korupsi, pelanggaran hak asasi, subversi terhadap politik Barat dan menyokong ahli-ahli pemisah Ukraine.

Trump menentang rang undang-undang tersebut, yang akan menghalangnya dari menarik balik hukuman tanpa perundingan Kongres, tetapi kesal menandatanganinya menjadi undang-undang. – AFP