Trump buat serangan dengan tweet ‘bimbo’

Trump buat serangan dengan tweet ‘bimbo’

WASHINGTON, 28 Jan – Calon Presiden AS Donald Trump semalam meningkatkan persaingan dengan Fox News, dengan menggunakan perkataan ‘bimbo’ iaitu bermaksud ‘cantik tapi tak cerdik’, dalam penyataan menghina di Twitter tentang pengacara wanita Megyn Kelly selepas keluar dari perdebatan hanya beberapa hari sebelum kempen pertandingan pertama pencalonan 2016.

Selasa lalu Trump menarik diri dari pertemuan siaran televisyen, yang dijadualkan pada malam Khamis di Des Moines, Iowa, kerana kejengkelan terhadap hos Fox News kerana membenarkan Kelly sebagai orang tengah selepas soalannya menimbulkan kemarahannya dalam perdebatan tahun lalu.

Usahawan ulung hartanah ini, anggota Republikan yang disebut-sebut akan memenangi pencalonan bagi pilihan raya presiden 8 November, menyusul dengan satu lagi pusingan penghinaan semalam.

“Saya enggan menggelarkan Megyn Kelly,seorang bimbo kerana dari segi politik itu tidak betul,” dia menyatakan di Twitter. “Sebaliknya saya akan hanya menggelarnya pemberita tidak berpengaruh!”.

Dalam temu bual kemudiannya di Fox News dalam rancangan ‘The O’Reilly Factor’, dia memberitahu hos rancangan itu Bill O’Reilly bahawa Kelly ‘terlalu melampau’.

Donald Trump memberi ucapan kepada orang ramai di perhimpunan kempennya di Gilbert, Selatan Carolina. – AFP
Donald Trump memberi ucapan kepada orang ramai di perhimpunan kempennya di Gilbert, Selatan Carolina. – AFP

Trump berkata “Saya tidak ada rasa hormat pada Megyn Kelly. Saya berpendapat dia tidak bagus bagi apa yang dilakukannya.”

Saingan pencalonan presiden Trump dalam Republikan, segera mengkritik bekas bintang realiti TV itu dengan Senator Texas, Ted Cruz menyelar Trump dengan siri-siri penyataan di Twitter dan menuduhnya ‘gementar apabila disoal oleh Kelly.”

Pada satu acara di West Des Moines, Iowa, Cruz secara terbuka memperolokkan Trump, dengan menggelarnya ‘jiwa rapuh’ dan ‘lembut’ dan membaharui lagi tawarannya untuk berdebat dengan Trump empat mata pada petang Sabtu.

Seorang lagi calon Republikan Senator Kentucky, Rand Paul, memberitahu Fox News bahawa dia menyambut baik ketiadaan Trump dari pentas perdebatan kerana itu bermakna ‘kami tidak perlu berdepan dengan banyak sekali cakap kosong dan cakap besar dan menggelar-gelar nama orang.” – Reuters