Trump, Clinton menang bergaya

Trump, Clinton menang bergaya

LAS VEGAS/COLUMBIA, S C , 21 Feb (Reuters) – Calon presiden Republikan Donald Trump meraih kemenangan semalam di Selatan Carolina dalam pertandingan yang menyaksikan bekas Gabenor Florida Jeb Bush terkeluar, sementara calon presiden Demokratik Hillary Clinton melawan balik cabaran mantap dari Bernie Sanders di Nevada.

Kemenangan Trump, yang bertanding sebagai orang luar anti penubuhan dan Clinton, orang dalam politik terkenal, telah mengukuhkan kedudukan mereka sebagai orang yang dijangka menang dalam pencalonan parti masing-masing sebelum pilihan raya presiden pada 8 November.

Orang yang paling mengalami kekalahan malam itu, Bush telah menduduki tempat keempat dalam pertandingan Republikan dan mengumumkan dia telah menggantungkan kempennya, yang menamatkan impiannya menjadi presiden Bush ketiga selepas ayah dan abangnya.

“Penduduk Iowa, New Hampshire dan Selatan Carolina telah bercakap dan saya benar-benar menghormati keputusan mereka,” Bush dengan emosi berkata di Columbia. Kedudukannya jauh dalam pertandingan dalam setiap dari tiga negeri pertama.

Hilary Clinton bersama suaminya yang juga bekas presiden Amerika Syarikat. – AFP
Hilary Clinton bersama suaminya yang juga bekas presiden Amerika Syarikat. – AFP

Dengan menang di Selatan Carolina dan New Hampshire dan mendahului di 13 negeri yang mengadakan pengundian Republikan pada 1 Mac, Trump tidak dinafikan lagi akan memenangi pencalonan, hasil yang nampaknya menghairankan untuk difikirkan apabila dia memasuki pertandingan musim panas lalu.

“Akan sangat sukar baginya untuk tersingkir pada tahap ini,” kata Hogan Gidley, yang pernah menjadi penasihat kanan bekas calon Republikan Mike Huekabee.

Jutawan hartanah dan juga bintang realiti TV berusia 69 tahun ini telah diisytiharkan pemenang di Selatan Carolina kira-kira sejam selepas pengundian ditutup dan kemudian membuat ucapan kemenangan.

Dia mencela cerdik pandai TV kerana menyatakan mungkin undi anti Trump mencukupi untuk mengatasinya apabila persaingan semakin sukar.

ARTIKEL YANG SAMA