Trump dakwa demokrat ‘khianati’ Afrika-Amerika

Trump dakwa demokrat ‘khianati’ Afrika-Amerika

WASHINGTON, 17 Ogos – Donald Trump memikat para pengundi Afrika-Amerika semalam, dengan berkata Demokrat telah ‘mengkhianati’ mereka dan dia berjanji akan menggiatkan masyarakat bandar miskin itu.

Dia mengulas pada satu perhimpunan di negeri barat tengah, Wisconsin adalah kejutan yang datang dari calon Republikan yang hingga kini sedikit berusaha untuk membuatkan dirinya disayangi pihak minoriti.

Dengan tinjauan pendapat menunjukkan jutawan itu berada di belakang saingannya, Hillary Clinton keseluruhannya dan di negeri-negeri perjuangan, nampaknya Trump cuba meluaskan asas sokongannya di luar teras pengundi kulit putih dari kaum buruh.

“Saya meminta undi dari setiap warga Afrika-Amerika yang dalam kepayahan di negara kita hari ini, yang mahukan masa depan yang berbeza dan lebih baik. Sudah tiba masanya masyarakat kita menangani beberapa kejujuran, dan kebenaran yang benar-benar sukar.

“Parti Demokratik telah gagal dan mengkhianati masyarakat Afrika-Amerika.”

Orang Amerika kulit hitam cenderung mengundi Demoratik dan Clinton mendahului kukuh dalam kala-ngan demografi.

Tetapi Trump berkata pihak Demokrat ‘tidak menghargai undi para pengundi Amerika Afrika. Mereka hanya me-ngandaikan mereka akan mendapatkan sokongan kamu dan sebaliknya tidak melakukan apa-apa,” katanya lagi.

“Tiba masanya untuk membina semula bandar-bandar tengah Amerika dan menolak kepimpinan gagal sistem politik yang menipu.”

Trump bercakap di West Bend ekoran sentakan keganasan perkauman pada hujung minggu di bandar terbesar Wisconsin, Milwaukee selepas polis di sana menembak mati seorang lelaki berkulit hitam.

Para pegawai berkata lelaki berusia 23 tahun itu tidak bersenjata, tetapi kematiannya mengundang kemarahan para penduduk, ketika ia mengulangi siri-siri kejadian polis yang mengakibatkan kematian di AS yang melibatkan terutamanya tersangka Afrika-Amerika. – AFP