Trump dakwa Obama, Clinton pengasas IS

Trump dakwa Obama, Clinton pengasas IS

WASHINGTON, 11 Ogos – Calon Republikan, Donald Trump menjejaskan kempen presiden AS sekali lagi, dengan kenyataan yang mengejutkan semalam bahawa Hillary Clinton dan Presiden Barack Obama ‘pengasas’ kumpulan IS.

Memberi ucapan pada satu rapat di Fort Lauderdale, Florida, taikun hartanah itu berkata kumpulan jihad memberikan “penghormatan presiden Obama.”

‘Dia adalah pengasas ISIS,’ kata Trump, menggunakan istilah IS.

‘Dua adalah pengasas ISIS, okey? Tambahnya. ‘Dia adalah pengasas! Dia pengasas ISIS.’

‘Dan saya menyatakan, pengasas bersama adalah “Hillary Clinton’,” laung Trump, yang mendapatkan sokongan dan sorakan dari penyokong.”

Trump ketika bercakap pada majlis kempen beliau di Pusat BB & T semalam di Fort Lauderdale, Florida. Trump menjejaskan kempen presiden AS sekali lagi, dengan kenyataan yang mengejutkan semalam bahawa Hillary Clinton dan Presiden Barack Obama ‘pengasas’ kumpulan IS. – AFP
Trump ketika bercakap pada majlis kempen beliau di Pusat BB & T semalam di Fort Lauderdale, Florida. Trump menjejaskan kempen presiden AS sekali lagi, dengan kenyataan yang mengejutkan semalam bahawa Hillary Clinton dan Presiden Barack Obama ‘pengasas’ kumpulan IS. – AFP

Ia adalah kenyataan membimbangkan dari bilionair itu, yang mana hanya sehari lebih awal membuat ulasan yang diterjemahkan oleh kebanyakan orang sebagai menjemput keganasan ke atas Clinton, calon presiden Demokrat.

Trump dilihat menggambarkan pada Selasa lalu, kemungkinan dengan jenaka, bahawa Clinton atau calon Mahkamah Tinggi mungkin ditembak, sebagai cara menghalangnya dari membuat pelantikan kehakiman jika dia memenangi pilihan raya presiden.

Bekas setiausaha negara itu semalam dengan tegas menegur pesaing presiden Republikan itu “melakukann hasutan” keganasan, dengan berkata dia sudah “keterlaluan.”

“Semalam kami menyaksikan ulasan panjang terbaru dari Donald Trump yang sudah keterlaluan,’ Clinton memberitahu perhimpunan di Des Moines, Iowa.

“Perkataan penting, sahabat. Dan jika anda bertanding menjadi presiden, atau anda seorang presiden AS, perkataan boleh memberikan akibat yang besar.”

Trump dan kempennya dengan segera memadamkan kehangatan itu, menegaskan pembawa bendera Republikan menggesa bagi sokongan hak senjata untuk menolak pencalonannya pada kotak undian. – AFP