Trump dakwa penipuan ‘serius’ berhubung undian

Trump dakwa penipuan ‘serius’ berhubung undian

WASHINGTON, 28 Nov – Donald Trump, presiden yang baru dilantik telah membuat dakwaan tidak berasas semalam tentang penipuan serius pengundi AS dan berkata ‘berjuta-juta orang’ telah mengundi dengan menyalahi undang-undang, tanpa memberikan bukti bagi kenyataannya di Twitter.

Laluan mengejutkan Trump ke Rumah Putih menyaksikan undian beliau kurang daripada saingan Demokrat beliau, Hillary Clinton dalam undi popular – Clinton meraih 2.2 juta undi – tetapi memenangi kesemua pengiraan penting Kolej Pilihan raya, yang menentukan jawatan presiden AS.

Kenyataan terbaru jutawan Republikan itu yang mana beliau berkata beliau mungkin memenangi undi popular jika berjuta-juta orang tidak mengundi secara tidak sah, dibuat ketika langkah sedang diambil ke arah pengiraan semula undi di negeri Wisconsin, yang dimenangi Trump.

Trump dan penolong-penolongnya amat menentang pengiraan semula ini, dengan presiden yang baru dilantik itu melepaskan siri-siri penyataan di Twitter pada awal pagi yang mana beliau memetik Clinton sebagai berkata tentang perlunya menghormati proses pilihan raya.

Gambar fail gabungan yang diambil pada 7 November menunjukkan Donald Trump dan Hillary Clinton (kanan) – AFP
Gambar fail gabungan yang diambil pada 7 November menunjukkan Donald Trump dan Hillary Clinton (kanan) – AFP

Tetapi akhrinya, di Twitter Trump mendakwa bahawa ‘selain memenangi Kolej Pilihan raya dalam kemenangan besar, saya telah memenangi undi popular jika kamu menolak jutaan orang yang mengundi dengan menyalahi undang-undang.”

Meskipun Trump memberi amaran sebelum pilihan raya bahawa keputusan mungkin ‘ditipu’, dia tidak membuat rungutan seumpama itu selepas kemenangan 8 November yang dijangkakan itu sehingga kini.

Di New York pada lewat semalam selepas menikmati percutian Thanksgiving di peranginannya, Florida Mar-a-Lago, Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan di Twitter yang mendakwa penipuan pengundi berlaku di beberapa negeri.

“Penipuan serius pengundi di Viriginia, New Hampshire dan California – jadi mengapa pihak media tidak melaporkan tentang perkara ini? sangat berat sebelah – masalah besar!” kata Trump. – AFP