Trump didakwa menipu Amerika

Trump didakwa menipu Amerika

WASHINGTON, 2 Jun – Dokumen baru mahkamah yang tidak dimeterai dalam kes terhadap ‘universiti’ calon presiden Donald Trump mendedahkan dakwaan bahawa perniagaan yang kini tidak wujud lagi mengintai-intai para pengguna yang tidak berpengetahuan dan dikelabui dengan pemasaran agresif yang menyamai dengan penipuan.

Calon presiden bagi parti Demokratik yang disebut-sebut akan menang, Hillary Clinton menyambar berita itu mengatakan bahawa Trump adalah seorang penipu yang ‘cuba menipu Amerika.”

Pendedahan yang paling dikecam itu adalah dari bekas para kakitangan operasi yang membawa keuntungan yang dilancarkan pada tahun 2004 dan ditutup pada tahun 2010, telah membawa kepada tindakan mahkamah yang mungkin akan menyaksikan calon presiden bagi parti Republikan diseret ke mahkamah.

“Sementara Universiti Trump mendakwa ia mahu membantu para pengguna meraih keuntungan dalam hartanah, sebenarnya Universiti Trump hanya berminat menjual seminar paling mahal seboleh mungkin kepada setiap orang,” bekas kakitangan Universiti Trump, Ronald Schnackenberg menulis dalam kenyataan yang tidak dimeterai itu semalam.

Perniagaan menawarkan beberapa kursus dalam keusahawanan, di bawah jenama terkenal Trump.

Namun Schackenberg menceritakan bagaimana dia meletak jawatan sebagai pengurus jualan pada 2007 selepas percaya bahawa “Universiti Trump terlibat dalam menipu daya, penipuan dan perlakuan tidak jujur,” mengulangi hujahan pihak penuntut yang mana mereka itu adalah bekas ‘pelajar’ yang mendakwa mereka telah ditipu.

Seorang lagi bekas kakitangan, Jason Nicholas, mengakui bahawa seminar-seminar telah diajarkan oleh mereka yang tidak berkelayakan yang menyamar sebagai orang kanan Donald Trump. – AFP