Trump dikecam selar keluarga mangsa

Trump dikecam selar keluarga mangsa

WASHINGTON, 2 Ogos – Kumpulan-kumpulan bekas perajurit dan Republikan semalam mengecam hebat perang mulut Donald Trump dengan ibu bapa kepada tentera Islam Amerika yang dibunuh, contoh terbaru calon presiden membuat kenyataan yang dianggap luar batas.

Pertikaian itu telah mengejutkan kempen presiden AS, dan menjadi takat kilat 99 hari sebelum pilihan raya bulan November antara Parti Republikan dan calon parti Demokrat Hillary Clinton yang semalam digelar oleh Trump ‘orang jahat’

Kritikan-kritikan diluahkan oleh kumpulan-kumpulan bekas perajurit yang berang, anggota-anggota keluarga tentera-tentera yang terbunuh ketika bertugas dan malah kritikan dari Presiden Barack Obama.

Episod ini telah mendominasi tajuk-tajuk akhbar di AS sejak Khamis lalu, apabila seorang penghijrah Pakistan Khizr Khan merangsang Konvensyen Kebangsaan Demokratik(DNC) dengan penghormatan kepada anak lelakinya yang telah meninggal dunia yang mana dia mengkritik calon Republikan kerana ‘tidak berkorban apa-apa’ demi negara.

Dalam temu bual yang disiarkan semalam di ABC, Trump menegaskan dia telah ‘membuat banyak pengorbanan sementara mengatakan bahawa isteri Khan, yang diam berdiri di pentas konvensyen ketika suaminya bercakap, tidak dibenarkan bercakap.

Trump bercakap pada perhimpunan kempen di Cumberland Valley High School, di Mechanicsburg semalam. Kumpulan-kumpulan bekas perajurit dan Republikan semalam mengecam hebat perang mulut Donald Trump dengan ibu bapa kepada tentera Islam Amerika yang dibunuh. – AP
Trump bercakap pada perhimpunan kempen di Cumberland Valley High School, di Mechanicsburg semalam. Kumpulan-kumpulan bekas perajurit dan Republikan semalam mengecam hebat perang mulut Donald Trump dengan ibu bapa kepada tentera Islam Amerika yang dibunuh. – AP

Semalam, Trump membaharui bidasannya dalam twitter, dan mengatakan “Khan, yang tidak mengenali saya, dengan pedas menyerang saya dari pentas DNC dan kini di seluruh televisyen melakukan yang sama – Bagus!”

Anggota keluarga bagi 23 orang tentera AS yang telah terbunuh menghamun Trump kerana kenyataan yang mereka sifatkan ‘yang meluat dan menyakitkan hati.”

“Kami merasakan kami mesti bersuara dan menuntut kamu meminta maaf kepada keluarga Khan, kepada semua keluarga Gold Star, dan kepada semua rakyat Amerika di atas tindakan menyakitkan hati kamu itu dan ulasan yang anti Amerika,” kata mereka dalam surat terbuka.

Kapten tentera Humayun Khan telah dibunuh oleh pengebom berani mati di Iraq pada tahun 2004. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA