Trump gesa kembalikan ‘waterboarding’

Trump gesa kembalikan ‘waterboarding’

WASHINGTON, 23 Nov (AFP) – Ahli Republikan yang disebut-sebut akan menang, Donald Trump semalam menggesa dikembalikan ‘waterboarding’, teknik penyiasatan hampir melemaskan yang secara meluas dikecam sebagai menyeksa, dengan mengatakan ia ‘mudah’ berbanding dengan apa yang sedang dilakukan oleh kumpulan Islam IS.

Itu adalah siri-siri terbaru respons mengapi-apikan dari Trump terhadap ancaman keganasan selepas serangan di Paris yang nampaknya telah mengukuhkan bilangan tinjauan pendapat untuknya.

Tinjauan pendapat kebangsaan baru Washington Post/ABC News menunjukkan Trump mendahului calon Republikan bagi jawatan presiden Republik dengan 32 peratus, 10 mata mengatasi saingan terdekatnya, Ben Carson.

Trump, yang mencetuskan kontroversi awal minggu ini dengan menggesa bagi pendaftaran semua penganut Islam di AS, telah meningkatkan retorik berpendirian keras dalam temu bual dengan ABC News yang mana dia menyokong penggunaan teknik seperti melemaskan, dalam penyiasatan ke atas tersangka pengganas.

“Saya ingin mengembalikannya semula. Saya berpendapat ‘waterboarding’ adalah mudah berbanding apa yang telah mereka lakukan kepada kita semua, apa yang mereka sedang lakukan kepada kita, apa yang telah mereka lakukan kepada James Foley apabila mereka memenggal kepalanya.

Katanya, “Itu adalah tahap berbeza sekali dan saya pasti membawa kembali penyiasatan keras ini.”

‘Waterboarding’, yang digunakan oleh CIA dalam penyiasatan ke atas kira-kira tiga orang tersangka dalam serangan 11 September, telah ditegah oleh Presiden Barack Obama sejurus selepas beliau memegang jawatannya pada tahun 2009.

ARTIKEL YANG SAMA