Trump ikrar ‘awasi ketat’ perjanjian nuklear

Trump ikrar ‘awasi ketat’ perjanjian nuklear

WASHINGTON, 17 Ogos (Reuters) – Bakal calon presiden Republikan Donald Trump berkata adalah susah untuk “mengabaikan” perjanjian diketuai Amerika Syarikat dengan Iran mengenai program nuklearnya, tetapi jika beliau dipilih sebagai presiden, setentunya beliau akan “mengawasi dengan ketat perjanjian itu sehingga mereka tiada peluang melanggarnya.”

Dalam temu ramah melalui program “Meet the Press” NBC pada semalam, jutawan hartanah itu menyifatkan pasukan yang merundingkan perjanjian itu termasuk Setiausaha Negara John Kerry, sebagai “tidak cekap.”

Bagaimanapun, ia adalah “amat getir” untuk mencapai perjanjian, katanya, seperti yang disifatkan oleh sebahagian para pengkritik. Tetapi “saya amat memberi tumpuan pada kontrak,’ kata Trump. Dan “seburuk-buruk kontrak ialah, saya akan menjadi amat ketat mengenai kontrak berkenaan.”

Perjanjian tersebut yang dicapai oleh Iran dan Amerika Syarikat serta kuasa-kuasa dunia lain pada 14 Julai akan memberikan Iran sebahagiannya daripada sekatan ekonomi dengan imbalan bagi pengehadan ketat ke atas program nuklearnya.

Gambar fail menunjukkan bakal calon presiden AS, Donald Trump ketika bercakap kepada media di Hotel Beverly Wilshire di Beverly Hills, California. – AFP
Gambar fail menunjukkan bakal calon presiden AS, Donald Trump ketika bercakap kepada media di Hotel Beverly Wilshire di Beverly Hills, California. – AFP

Penarikan balik sekatan boleh memberikan Iran akses kepada kira-kira AS$150 bilion, yang menurut Trump tidak akan beliau benarkan Iran mendapatkannya, jika beliau yang merundingkan perjanjian berkenaan.

Ia akan menjadikan Iran sebuah negara yang berkuasa dan kaya yang akan memperoleh senjata nuklear serta “mengatasi sebahagian dunia yang anda tidak akan percaya,” katanya. “Saya fikir ia akan menjurus kepada holokus nuklear.”

Kongres mempunyai tempoh sehingga 17 September untuk menerima atau menolak perjanjian berkenaan.

Presiden Barack Obama dilaporkan berkata perjanjian itu adalah pilihan terbaik bagi mencapai kestabilan di Timur Tengah dan menolak sekeras-kerasnya tanggapan ia akan menjadi kesilapan yang bersejarah.