Trump janji hantar pulang pesalah jika jadi presiden

Trump janji hantar pulang pesalah jika jadi presiden

WASHINGTON, 28 Ogos – Calon presiden Republikan Donald Trump mengaitkan penghijrahan haram dan pekerjaan semalam, berjanji akan mula menghantar pulang pesalah sebaik sahaja beliau menjadi penghuni Rumah Putih seterusnya.

Trump sepanjang masa ini memancing undi penduduk kulit hitam, mendakwa kejadian menembak sepupu bintang bola keranjang Dwyane Wade akan mendorong rakyat Afrika Amerika menyokong beliau, namun tindakan tersebut sebaliknya mencetuskan kritikan baru.

“Pada hari pertama, saya akan mengeluarkan penghijrah asing dari negara ini, termasuk mengeluarkan beratus ribu penghijrah penjenayah yang telah pun dilepaskan ke dalam komuniti AS di bawah pentadbiran Obama-Clinton,” beritahu Trump kepada penyokong di Des Moines, Lowa.

Pencabar Demokratik Trump Hillary Clinton berkhidmat sebagai setiausaha negara ketika penggal pertama Presidan Barack Obama. Bakal presiden akan mengangkat sumpah pada 20 Januari.

“Saya akan membina tembok sempadan yang besar, menubuhkan e-pengesahan di seluruh negara, menghalang penghijrah haram daripada mendapatkan kebajikan dan hak istimewa dan menghasilkan satu sistem pengesan keluar-masuk untuk memastikan mereka yang tinggal lebih daripada tempoh masa yang ditetapkan dalam visa mereka akan disingkirkan,” Trump mengingatkan.

Beberapa penasihat beliau kini dilaporkan menggesa beliau supaya melembutkan dasar utama beliau. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA