Trump lantik menantu jadi penasihat

Trump lantik menantu jadi penasihat

NEW YORK, 10 Jun – Donald Trump semalam melantik menantu lelakinya, Jared Kushner sebagai penasihat kanan Rumah Putih, memberi ganjaran kepada lelaki yang secara meluas dipuji sebagai perancang di sebalik pemilihannya tetapi menimbulkan kebimbangan undang-undang dan etika yang serius.

Pemaju hartanah dan penerbit majalah yang akan menyambut ulang tahunnya yang ke-36 tahun hari ini, akan menjadi anggota tertinggi termuda dalam pentadbiran, bekerjasama rapat dengan ketua turus Reince Priebus dan ketua strategi Steve Bannon.

“Jared telah menjadi penasihat yang dipercayai dan aset hebat sepanjang kempen dan peralihan dan saya bangga dengan kehadirannya dalam peranan kepimpinan utama dalam pentadbiran saya,” presiden Republikan yang baru dilantik itu mengumumkan.

Perlantikan itu diumumkan dua hari sebelum Trump dijangka mengadakan sidang media pertama beliau sejak pilihan raya November lalu yang mana beliau akan membutirkan rancangan bagi syarikat beliau sendiri dan kemungkinan konflik kepentingan ketika di dalam Rumah Putih.

Gambar fail pada 7 November 2016 menunjukkan Jared Kushner ketika menyaksikan Presiden Donald Trump bercakap semasa perhimpunan pada malam terakhir kempen presiden AS di Manchester, New Hampshire. Trump semalam telah melantiknya sebagai penasihat kanan Rumah Putih. – AFP
Gambar fail pada 7 November 2016 menunjukkan Jared Kushner ketika menyaksikan Presiden Donald Trump bercakap semasa perhimpunan pada malam terakhir kempen presiden AS di Manchester, New Hampshire. Trump semalam telah melantiknya sebagai penasihat kanan Rumah Putih. – AFP

Kushner, yang berkahwin dengan anak perempuan sulung Trump, Ivanka, diberi pujian kerana menjadi ketua perancang kempen yang digerakkan oleh data yang menumpu pada mesej menyesuaikan dan memanfaatkan media sosial ke takat yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Peralihan mengatakan, Kushner, yang menurut Forbes bernilai AS$1.8 bilion bersama ibu bapanya dan abangnya, akan meninggalkan gajinya ketika berkhidmat dalam pentadbiran.

Pengumuman itu tidak secara langsung merujuk kepada undang-undang nepotisme atau kemungkinan lain konflik kepentingan yang mana Kushner telah mengupah sebuah kumpulan undang-undang.

Undang-undang persekutuan, yang diluluskan selepas presiden pada masa itu, John F Kennedy melantik abangnya sebagai peguam negara, menegah mana-mana presiden dari menggunakan khidmat anggota keluarga. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA