Trump lawat Mexico penuhi jemputan Presiden

Trump lawat Mexico penuhi jemputan Presiden

WASHINGTON, 31 Ogos – Donald Trump mengumumkan beliau akan membuat kunjungan ke Mexico hari ini untuk bertemu dengan presiden, untuk membuat ucapan yang dinanti-nantikan di Arizona mengenai isu imigresen.

Kunjungan mengejut calon Presiden Republikan itu ke selatan sempadan tersebut adalah berikutan dengan perdebatan tentang isu dasar imigresen yang dibangkitkan oleh beliau.

Walaupun lawatan beliau itu dijangka berpotensi akan membahayakan politiknya, tetapi dari sudut berlainan, Trump dapat memperlihatkan dan menunjukkan kesediaannya untuk terlibat secara diplomatik mengenai isu sensitif di tengah-tengah kempen beliau.

“Saya telah menerima jemputan Presiden Enrique Pena Nieto, Mexico, dan bersedia untuk bertemu beliau esok,” Trump menulis di Twitternya semalam.

Pejabat presiden Mexico mengesahkan lawatan itu, menghantar tweet dalam Bahasa Sepanyol untuk mengatakan jutawan hartanah New York telah menerima jemputan dan akan bermesyuarat esok secara peribadi dengan Presiden @EPN.”

Pejabat Pena Nieto berkata dalam satu kenyataan bahawa beliau telah menghantar jemputan untuk Trump serta saingan Demokratik Hillary Clinton.

Kempennya telah mengumumkan tiada sebarang rancangan untuk melancong, dengan seorang pembantu semalam berkata Clinton “bersedia bertemu untuk bercakap dengan Presiden Pena Nieto pada masa yang sesuai.”

Tetapi Trump akan mengambil peluang dalam lawatan itu untuk menarik perhatian penduduk ke atas pemilihannya terhadap isu imigresen yang dibangkitkannya itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA